3 pagi Jumaat 25 Januari 2013 :
Kami telah menaiki tren ICE dari Pasing, Munchen
menuju ke kota Paris,
sebutan Perancis adalah "Paa..Ghee".
Perjalanan menuju ke sana adalah memakan masa selama 6 jam,
sebelum sampai ke central station di Paris.
Sebaik sahaja sampai,
kami terus menaiki subway untuk menuju ke apartmen yang disewa
di sekitar stesen Sentier.
Lokasi pertama yang dituju adalah
untuk membeli souvenier
disamping menaiki tren furnikular
menuju ke Basilica of The Sacre Coeur Church.
Disinilah tempat kejadian di mana aku & Amir kena pau
dengan sekumpulan warga Afrika dengan taktik 'Hakuna Matata',
nasiblah aku hanya rugi 2.2 euro je.
Mamat afrika ni pandai kelentong,
kata nk ikat jari kita dengan lilitan hakuna matata
sempena menghormati church, siap pas buat lilitan tue,
minta kita sodaqah duit brapa byk pun x pe,
siap nk bg balance pas tue..celaka!
Kemudian, kami singgah lunch di
Restoran Turki untuk makan kebab,
seterusnya menuju ke Moulin Rouge,
yang popular menerusi filem musical hollywood dengan tajuk yang sama.
Akhir petang tibalah masa untuk menyaksikan sendiri keajaiban Eiffel Tower (ET),
mercu tanda rasmi bagi Paris;
kami berhenti di stesen Torcadero,
keluar sahaja dari stesen dan berjalan tidak sampai 10m
tersergam indah ET di hadapan mata!
apalagi macam-macam aksi disajikan bagi mengabadikan kenangan bersama ET,
almaklumlah 1st time sampai ke sini.
Menerusi pemerhatian , ada 2 stesen : direct access to ET,
iaitu Torcadero (pemandangan dari jauh) & Bir Al-Hakim (untuk tour ET),
selebihnya aku tak tahu.
Malamnya kami menuju ke Louvre Musee,
yang terkenal kerana di sinilah akhirnya potret asal Monalisa
oleh pelukis Leonardo Da Vinci diabadikan.
Aku sendiri berminat untuk datang ke sini
selepas menyaksikan Da Vinci Code The Movie,
di mana antara scene penting dijalani di sekitar dan di dalam
Louvre Musee sendiri.
Kebanyakan bahan pameran di dalam muzium ini
adalah patung-patung dari Empayar Rom + Greek
artifak daripada Empayar Mesir
lukisan-lukisan lama dan bernilai dari Eropah
dan banyak lagi.
Pagi Sabtu 26 Januari 2013 :
Kembara diteruskan dengan menaiki tren ke luar dari Paris,
menuju ke Disneyland Paris.
Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke mana-mana
taman tema Disneyland seantero dunia.
Cuaca di sini sangatlah sejuk sejurus sahaja sampai.
Aku paling pantang pergi ke taman tema on weekends,
terbukti sungguh ramai warga Paris dan pelancong luar negara
bersedia untuk memasuki Disneyland, apakan daya redah saja!
Mulanya kami masuk ke dalam Walt Disney Studio,
aku sempatlah bergambar dengan karakter-karakter dari Walt Disney Studio,
seperti Toy Story, Finding Nemo, The Cars, etc.
Tak lupa juga sempat bermain games yang terdapat di sini;
The Hollywood Tower, The Lightning McQueen,
dan The Aerosmith Rock & Rollercoaster.
Sebelum aku meninggalkan WDS,
aku sempat juga menyaksikan perarakan kereta berhias.
Seterusnya bergegas ke Disneyland Park,
yang terbahagi kepada 4 seksyen :-
Adventure Land, Discovery Land, Frontier Land dan Fantasy Land.
Kat sini, for surelah perlu ambil gambar
dekat Istana Disney kebiruan yang terpampang pada setiap permulaan filem
keluaran Walt Disney.
Seterusnya sesi shooting gambar
dekat Pirates Ship, Robinson House, Aladdin Castle ,etc.
Kat sini kebanyakkan games sama ada ditutup / ramai orang Q
ataupun khas untuk budak-budak main.
So yang tinggal pada masa itu hanyalah masuk ke dalam
Haunted Mansion, Kapal Nautilus dan Star Wars Tour.
Pagi Ahad 27 Januari 2013 :
Kami terus menaiki subway
ke stesen Charles De Gaulle demi menuju ke Arc De Triomphe;
antara lokasi tumpuan pelancong yang datang ke sini.
Di sinilah lokasi berkumpulnya rakyat Perancis,
bagi meraikan perarakan kepulangan wira-wira Piala Dunia 1998
yang menjulang kejuaraan di bumi sendiri.
Akhir sekali, sebelum pulang ke Pasing
menaiki tren jam 4 petang,
aku & Amir sekali lagi pergi ke sekitar Eiffel Tower
untuk bergambar lebih dekat.
3 comments:
wahhhhhhhhh...
parisssssssssssssss...
giler jeles dengan ko ryo...
akmal: nk jeles apenye,ko lg awai smpai dari aku kot
akmal: nk jeles apenye,ko lg awai smpai dari aku kot
Post a Comment