Friday, November 30, 2012

Oppa Seoul Style ~


Alhamdulillah, dengan izinnya aku menjejakkan kaki ke bumi Korea pada 1600 , 14 Nov 2012 via Incheon IA.

Aku bercuti dengan kawan aku, Mior Faizal & adiknya,Azrul Hakimi.

Cuaca di Seoul pada siang hari antara 7-12 darjah celcius, pada malam hari antara 5-1 darjah celcius.

Kami bermalam di Saint Hotel,Suwon utk memudahkan perjalanan ke utara Seoul , keesokkan harinya.

Khamis 15 Nov :




Imjingak DeMilitarized Zone(DMZ) :
Aku berpeluang menziarahi “ the last military border the public can access” antara North Korea & South Korea iaitu di Imjingak.
Dengan bayaran 9000 won, aku dapat akses 3rd tunnel digali oleh tentera NK untuk mencerobohi SK;dikatakan 30,000 tentera NK dpt melalui terowong ini dlm masa sejam.Aku juga dpt melihat pekan di yg terletak di NK, via binocular dan Stesen Dorasan : Stesen LRT terakhir yang sekadar beroperasi secara simbolik yg menjadi antara simbol penyatuan Semenanjung Korea.


Nami Island :

Pulau kecil ini yg terkenal kerana Gelombang Hallyu pertama melanda Malaysia dan negara2 lain; Drama Winter Sonata : Kisah Percintaan Kang Jung Sang & Yoon Jin.Pemandangan di penghujung musim luruh yang indah,dengan pokok mapel yang mengasyikkan.



Jumaat 16 Nov :

Aku berkesempatan mengunjungi Taman Tema Lotte World; sama saja dengan Genting Highlands cuma x perlu berada di atas gunung untuk berasa sejuk,hehe.Kat sini, aku sempat bermain Mexican Wave,Gyro Swing & permainan yang serupa dengan Space Shot di Magic Island.


Paling best,semestinya Gyro Swing : Buaian Gergasi yang berpusing dengan laju sehingga aku merasakan jantung aku tercampak kt Sungai Han di bawahnya.


Malamnya pula,aku sempat berkungjung ke Gangnam (Oppa Gangnam Style!)dan akhirnya, menonton Skyfall di Lotte Cinema x jauh dari tempat penginapan kami, Hi Seoul Youth Hostel.

Sabtu 17 Nov :

Aku berkesempatan mencuba pakaian istana pada zaman silam di Namsangol Hanok Village dengan bayaran 3,000 won dan melihat sendiri perkampungan tradisi masyarakat Korea.


Aku sempat menulis nama dalam Hangul (Tulisan Korea) dengan bimbingan tenaga pengajar.


Sejurus selepas itu, Namsan Tower menjadi destinasi kunjungan.Dari atas pelantar pemandangan, aku dapat melihat keseluruhan Bandar Seoul yang dihubungkan dengan 14 jambatan utama.



Di aras bawah pula, jutaan mangga yang dikunci dengan kata-kata cinta oleh pasangan Korea yang bercinta memenuhi pagar.Dikatakan bahawa di sekitar Bukit Namsan ini, menjadi tempat wajib untuk pasangan bercinta berdating.


Malamnya,kami dibelanja makan buffet di Foreign Restaurant,Itaewon oleh Mr.Seo,kawan aku yang dikenali semasa lawatan kerja di Tokyo.
Kat sini, terdapat pelbagai restoran Turki, Arab & Pakistan yang menyajikan makanan halal.Kami juga sempat singgah di RotiboyKorea untuk minum kopi & makan roti.


Ahad 18 Nov :

Aku berkesempatan mengunjungi Gyeongbokgung Palace, antara peninggalan istana lama yang popular kerana berdekatan dengan Bandar Seoul.


Di sini juga merupakan lokasi penggambaran drama Korea,Jewel In the Palace.


Seterusnya,aku bersiar-siar di sekitar Cheonggye Stream dan Hangang River.



Menjelang senja, aku menjejakkan kaki ke lobi 63Building, yang merupakan bangunan tertinggi di Seoul. Di sini terdapat Seaworld,Wax Museum dan SkyArt untuk dilawati.

Isnin 19 Nov :

Tibalah masa untuk bershopping souvenier, x lain x bukan di
Namdaemun Market.Boleh tahan harga barangan di sini, xlah mahal sangat.Perut dah lapar,kami bergegas ke Itaewon untuk solat jamak di Masjid Seoul dan menikmati kebab kambing di Ankara Café,rugi x mencuba!




Menaiki subway semula dan sampai ke Dongdaemun Market.Aku sempat bikin jersi Korea (Away) dengan nama Hangul bersama nombor jersi berharga 20000 won,affordable!


Selasa 20 Nov :

0925 Bertolak balik ke Malaysia & sampai ke LCCT pada 1500


3 comments:

Resm A. said...

syioknyaaaa...aku tak pernah sampai korea lagi...huhuhu...

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...
This comment has been removed by the author.
jay jamil said...

rindu plak pada seoul.

Yup, Korea mengujakan!