27 to 30 Sept 2013
Aku bersama 4 org sahabat telah menjejakkan kami ke Ho Chi Minh City (HCMC),Vietnam.
Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke negara komunis dunia.
Nama lama HCMC ini adalah Saigon.
Makanya, nama Saigon ini masih diguna pakai secara meluas sehingga kini.
Aku tergerak hati nak pergi ke Saigon ini pun mungkin sebab
faktor jaraknya yang dekat dengan Malaysia (kira-kira sejam 50minit)
dan juga kemudahan makanan halal
(difahamkan ada lbh kurg 25 premis halal) di sekitarnya.
Hanya selepas tahun 1990 ke atas,
barulah Vietnam membenarkan kemasukan pelancong2 asing melawat negaranya.
Kami menetap di Hotel An Tam, District 1, yang terletak sekitar Ben Thanh Market.
Setiap kali keluar bersiar-siar, memang sentiasa ada rakyat Malaysia yang dijumpai.
Kadang-kadang terasa macam di Petaling Street, KL pula.
Sepanjang kami di sini, kami telah berkesempatan melawat :-
Terowong Chu Chi :
Lokasi di mana tentera Viet Cong memerangkap Tentera Amerika/Bersekutu
dan membunuh mereka semasa perang Vietnam 1968-1975.
Dari Saigon memakan masa hampir 2 jam.Kat sini, kami dapat melihat
replika perangkap samar yang telah direka, kereta kebal US yang telah dimusnahkan
dan akses underground tunnel yang dibaikpulih sejauh 121km.
Delta Mae Nam Kong (Mekong) (ke-7 terpanjang di Asia, ke-12 di Dunia):
Kami menaiki bot ke 3 pulau kecil sekitar sungai bagi menyaksikan
proses pembuatan gula-gula kelapa, berpeluang minum teh madu dan
menonton persembahan nyanyian tradisional daripada wanita-wanita Vietnam.
Kami juga menaiki sampan kecil menyelusuri hutan paya bakau
menuju ke salah satu pulau kecil yang dimaksudkan.
City Post Office (Buu Dien Thanh Pho) :
Kawan-kawan kecuali aku hantar poskad kat diri sendiri.
Memang cantik pengaruh seni bina French kat sini.
Berikut adalah pemerhatian aku dalam tempoh aku berkelana di Vietnam;
1. Syurga utk membeli belah :
Mudah utk berurusan bagi membeli souvenier –
boleh membayar Vietnam Dong (VND),RM & US Dollar.
Ada masa bayar pakai VND, tapi bakinya diberikan RM.
Paling murah souvenier boleh dibeli, minima VND 50000.
Barangan yang jadi tumpuan di sini adalah kain pasang dan telekung bagi Kaum Hawa.
Peniaga di sini boleh berbahasa Melayu, mungkin kerana
kehadiran ramai rakyat Malaysia setiap minggu.
2. Syurga motosikal :
Ada 25 juta motosikal seluruh Vietnam.Motosikal adalah raja di jalan raya sekitar Vietnam.
Topi keledar yang pelbagai ( mcm topi biasa tapi dalam keras pun ada),
yang pasti aspek keselamatan boleh diragui – dipakai secara meluas di sini.
Penutup jerebu pelbagai design laris juga.
Peraturan jalan raya x diguna pakai esp. lokasi yang tiada traffic light.
Kereta/bas/motosikal memandu maksimum 80/90 km sejam menuju ke mana-mana destinasi.
Motosikal yang berkeliaran di jalan-jalan sekitar Saigon majoriti berjenama Honda.
3. Never Step Back :
Kalau mahu melintas di jalan biasa/bulatan, melintas dengan selamba jangan teragak-agak.
Biasanya motosikal akan lalu belakang kita apabila nampak kita sedang melintas.
4. Halal? No Problem :
Sempatlah berkunjung ke Restoran (kecil) Basirah.
Di sinilah kami makan mlm 3x berturut-turut.Pilihan lauk agak limited,
sama ada mahu makan Mi Sup Vietnam/ Nasi Campur style Msia.
Price range is very reasonable plus drink (VND 65000-75000) .
Kopinya memang sedap lalu dibawa balik Msia – ½ kg (VND 100000 / RM 15).
Di kala breakfast, kami santap di Restoran Salima.
Biasenye pekena Nasi Goreng + Kopi/the Vietnam.
Ini pun sebab sekali pakej accommodation +breakfast.
Ada sekali kami makan tengah hari kat Saigon Seri Penang. Di sini makanan agak mahal.
Aku makan Bihun Sup Tomyam+ Air Laici, kena bayar VND 148000 = RM 22.
Kedai serbaneka kat jalan depan hotel, ada disenaraikan halal food/drink.
Senanglah kalau nak beli biskut/roti nak mengunyah dalam bilik.
Boleh dapat produk teh Lipton, biskut Kraft dan Mi Segera halal tempatan – Morten (kalau x silap).
