Friday, March 22, 2013

Overview Berlin



Aku telah berkesempatan menjenguk capital city of Germany, Berlin.
Dengan kos sebanyak 75 euro : 25 euro pergi + 50 euro balik,
kami berangkat menaiki tren keretapi laju pada 0500, 5 Februari
menuju ke utara Germany,
memakan masa 7 jam. Punyalah lama!

Berlin was the hotspot of the Cold War between US & Soviet Union.

Berlin sesungguhnya kota yg penuh dengan kesan sejarah
dari sejak kesan tinggalan Perang Dunia Kedua,
sehinggalah berlakunya runtuhan Tembok Berlin yang memisahkan
East Germany & West Germany pada tahun 1989.

Kami sampai ke Berlin Haupbanhof pada 1200 5 Feb,
terus membeli tiket S-Bahn menuju ke Hostel A&O.
Jenuh gaklah nak mencari hotel ini,
disebabkan kesilapan map yang diberikan.
Selepas check in dan solat jama zohor,
Kami keluar semula untuk menikmati late lunch,
kebetulan pula terjumpa restoran Kebab Turki - Fatih Server
@Berlin Haupbanhof (BH) ; apa lagi kami yang sedang kebuluran
terus menyantap set Menu Sultan dengan harga 11 euro.

Perjalanan petang diteruskan menuju ke lokasi pertama,
Bradenburger Tor; Pintu Gerbang Berlin yang tersohor.
Di sinilah pernah ditempatkan kawalan ketenteraan yang ketat
untuk menghalang rakyat East Germany crossing over to West Germany.



Seterusnya kami berjalan kaki sepanjang Strasse Des 17 Juni
dan sempat cover Reichstag/Bundestag iaitu Bangunan Parlimen Germany,



Memorial Perang Soviet yang menyaksikan 2,000 tentera
Soviet Union bersemadi di sini semasa WWII
dan akhirnya di hujung jalan ini selepas berjalan hampir 2km,
tersergam megah Die Berliner Siegessaule di dalam bulatan.

Kira-kira 6 ptg, hari pun sudah gelap,
kami pun berpatah balik dengan berjalan kaki
sejauh 2km lagi utk sampai ke BH.
Destinasi terakhir utk malam ini adalah menuju ke stesen AlexanderPlatz
untuk meninjau lokasi pembelian souvenier.
Mujurlah ada kedai souvenier yang sedang buat sales,
dapatlah aku beli sekeping magnet fridge - 2.5 euro,
sehelai t-shirt bertulis Berlin – 10 euro.

8 pagi 6 Februari 2012 :
kami dah selesai solat subuh & bersiap utk sightseeing,
almaklumlah kami hanya ada masa smpai 4 petang sahaja
sebelum berangkat pulang ke Pasing, Munchen.
Sekali lagi, kami menuju ke Alexanderplatz.
Di sini sempatlah kami bergambar dengan TV Tower (Fernsehturm)-
a symbol of Berlin which is the tallest structure in Germany,




World Clock, Rathaus dan Berlin Cathedral (Berliner Dom).

Selanjutnya, kami bergerak menuju ke Central Berlin
dalam misi mencari Fuhrer Bunker.
Berbekalkan Berlin Trip Advisor yang diinstall ke dalam ipod milik Amir,
kami berjaya menemui lokasi
Fuhrer Bunker, an air-raid shelter located near the Reich Chancellery,
di sinilah lokasi Adolf Hitler membunuh diri bersama isterinya Eva Braun
9m di bawah tanah kami berdiri –
yang kini hanyalah lokasi parking kereta di hadapan apartment.

Sekiranya datang ke Berlin,
tidak sah kalau x sampai ke Charlie Checkpoint;
the best name given by Western Allies to
best-known Berlin Wall crossing point between East Berlin & West Berlin
during Cold War.

Maka ke situlah pula kami bergerak.
Kat sini, dengan harga 5 euro seorang,
kita boleh dapatkan 5 old passport chops
daripada aktor yang berpakaian military
utk kenang2an zaman perang utk diabadikan dlm passport.



Kami juga berkesempatan menjenguk pameran Topography of Terror,
yang dulunya Headquarters of the Secret State Police, SS dan Reich Security Main Office
kini memaparkan kekejaman pemerintahan 3rd Reich,
di sini juga dapat dilihat kesan tinggalan Berlin Wall ( Berlin Mauer).



The Berlin Wall split the city from 13th August to 9th November 1989,
West Berlin became a walled-in island
surrounded by the German Democratic Republic (GDR).

Akhir sekali, kami menuju ke S-Nordbahnhof Station;
antara 3 stesen yang lebih dikenali sebagai Ghost Station
berikutan selama 28 tahun tren subway tidak berhenti
di sini, sekadar melintas sahaja dan hanya berhenti di
stesen-stesen subway yang terletak di West Berlin.

Sebaik sahaja keluar dari stesen ini,
Berlin Wall Memorial mula kelihatan.
Here u will find 60m of the former border strip,
The outer and inner wall and the ‘No Man’s Land’
In between with floodlights and observation tower.

Friday, March 08, 2013

MUNCHEN, BAVARIA !



Memandangkan aku lagi lama tinggal di Munich@Munchen, Germany
sepanjang aku berada di benua Eropah ini,
maka aku rasa terpanggil untuk menceritakan
serba sedikit tentang bandar Munich ini.

Munich ini (dulunya dipanggil Bavaria)
merupakan antara bandar yang termaju di bumi Germany,
Di sini juga asal usul syarikat automotif tersohor dari Germany
seperti BMW (Bavaria Motor Vehicles), Volkswagon & Audi.



Sesiapa yang bekerja di Munich ini,
dalam 10% daripada gaji mereka akan dipotong
sebagai reunification fees yang akan disalurkan kepada
dana pembangunan daerah-daerah yang kurang maju seperti Berlin;
undang-undang ini juga terpakai kepada komuniti pekerja di dua bandar lain;
iaitu Frankfurt & Stuttgart.

Munich ini letaknya di selatan Germany,
dan antara gugusan daerah di Eropah (termasuk Salzburg,Austria)
yang memiliki cuaca paling sejuk.

Kerana lamanya aku di sini,
barulah aku pelajari sket-sket sifat salji nie,
sekiranya kita keluar rmh ketika salji turun,
sebenarnya x berapa sejuk berbanding ketika
masa salji telah menebal selepas 2 3 hari salji turun sebelum itu.

Manakala cuaca paling sejuk & mencabar
pabila salji+hujan turun bersekali+angin bertiup.

Aku juga sempatlah bersukan kat sini,
main bola atas salji tebal+
main pingpong kt garaj kete+
main bdminton dlm dewan tertutup.

Paling best ialah bermain bola atas karpet salji,
barulah dpt rasa termengah-mengah ambik nafas,
siap sliding bagai nak rampas bola,
fuh lain mcm feelnya!



Di Munich ini juga,
terdapat banyak high class shopping street/complex
untuk kita membeli-belah, seperti di Marienplatz.

Kos hidup di Munich juga sangat tinggi,
berikutan status bandar ini sebagai antara bandar kaya di Germany,
tidak hairanlah penduduk di bandar lain juga tidak berapa gemar
dengan masyarakat di Munich yang disifatkan sebagai mengamalkan
gaya hidup orang berada.

Warga Jerman yang berketurunan Turki
juga memiliki komuniti yang besar di Munich,
justeru agak mudah bagi pelancong beragama Islam
mencari makanan halal untuk santapan.

Bagi peminat bola sepak dunia,
pastinya pernah mendengar pasukan Bayern Munich,
yang berpangkalan di sini (Allianz Arena Stadium),
di mana hampir 40% daripada komposisi skuad utama bola sepak Germany
ketika ini adalah merupakan pemain kelab BM ini.



Mengimbau sejarah silam,
disini juga letaknya Dachau Concentration Camp yang merupakan
pusat utama tahanan bagi penentang ideologi Nazi pada pemerintahan
3rd Reich, dipimpin oleh Adolf Hitler.