Friday, March 08, 2013

MUNCHEN, BAVARIA !



Memandangkan aku lagi lama tinggal di Munich@Munchen, Germany
sepanjang aku berada di benua Eropah ini,
maka aku rasa terpanggil untuk menceritakan
serba sedikit tentang bandar Munich ini.

Munich ini (dulunya dipanggil Bavaria)
merupakan antara bandar yang termaju di bumi Germany,
Di sini juga asal usul syarikat automotif tersohor dari Germany
seperti BMW (Bavaria Motor Vehicles), Volkswagon & Audi.



Sesiapa yang bekerja di Munich ini,
dalam 10% daripada gaji mereka akan dipotong
sebagai reunification fees yang akan disalurkan kepada
dana pembangunan daerah-daerah yang kurang maju seperti Berlin;
undang-undang ini juga terpakai kepada komuniti pekerja di dua bandar lain;
iaitu Frankfurt & Stuttgart.

Munich ini letaknya di selatan Germany,
dan antara gugusan daerah di Eropah (termasuk Salzburg,Austria)
yang memiliki cuaca paling sejuk.

Kerana lamanya aku di sini,
barulah aku pelajari sket-sket sifat salji nie,
sekiranya kita keluar rmh ketika salji turun,
sebenarnya x berapa sejuk berbanding ketika
masa salji telah menebal selepas 2 3 hari salji turun sebelum itu.

Manakala cuaca paling sejuk & mencabar
pabila salji+hujan turun bersekali+angin bertiup.

Aku juga sempatlah bersukan kat sini,
main bola atas salji tebal+
main pingpong kt garaj kete+
main bdminton dlm dewan tertutup.

Paling best ialah bermain bola atas karpet salji,
barulah dpt rasa termengah-mengah ambik nafas,
siap sliding bagai nak rampas bola,
fuh lain mcm feelnya!



Di Munich ini juga,
terdapat banyak high class shopping street/complex
untuk kita membeli-belah, seperti di Marienplatz.

Kos hidup di Munich juga sangat tinggi,
berikutan status bandar ini sebagai antara bandar kaya di Germany,
tidak hairanlah penduduk di bandar lain juga tidak berapa gemar
dengan masyarakat di Munich yang disifatkan sebagai mengamalkan
gaya hidup orang berada.

Warga Jerman yang berketurunan Turki
juga memiliki komuniti yang besar di Munich,
justeru agak mudah bagi pelancong beragama Islam
mencari makanan halal untuk santapan.

Bagi peminat bola sepak dunia,
pastinya pernah mendengar pasukan Bayern Munich,
yang berpangkalan di sini (Allianz Arena Stadium),
di mana hampir 40% daripada komposisi skuad utama bola sepak Germany
ketika ini adalah merupakan pemain kelab BM ini.



Mengimbau sejarah silam,
disini juga letaknya Dachau Concentration Camp yang merupakan
pusat utama tahanan bagi penentang ideologi Nazi pada pemerintahan
3rd Reich, dipimpin oleh Adolf Hitler.

1 comment:

Resm A. said...

saljiiii...jelessss...