Selamat Ulang Tahun ke -25 SMAKL@SMKAKL@KLIS!
Aku kembali menjejakkan kaki ke tempat aku menimba ilmu duniawi dan ukhrawi,
banyak sungguh kenangan semasa menuntut di sini.
Kini sudah generasi yg ke-26 belajar di sini.
Apapun, kembali membangkitkan nostalgia apabila menjejakkan kaki melepasi
pondok guard selepas 13 tahun berlalu.
Secara rasmi aku meninggalkan SMAKL ialah pada 5 Disember 2000.
Tapi aku telah kembali semula utk collect result SPM 5 bulan kemudian,
Syukur Alhamdulillah, aku telah tersenarai sebagai antara top 10 student SPM 2000.
Aku sempat bersembang dengan Ustaz Kamarul Ariffin, Pengetua SMKAKL terkini,
merangkap PK HEM (1999-2005) semasa aku belajar kat sini.
Ustaz yang sama yang merotan aku dan geng the escaperz di dalam biliknya sewaktu kami kantoi melepak di mimbar surau semasa perhimpunan pagi isnin,hehe..
Aku dan mustarul juga sempat menyapa Ustaz Aziz, warden SMAKL yang masih berkhidmat.
Yang membuatkan aku terharu; guru kelas aku waktu Form 4, Cikgu Azmi yang mengajar sejarah masih ingat nama aku.
Mana x ingat, sewaktu beliau mengajar, banyak tido drpd mendengar, bosan kot!
Aku juga sempat mengeluarkan peluh di court hijau semasa friendly futsal alumni smakl/smkakl
vs pelajar smkakl.Kami menang 8-6 dalam keadaan cuaca berjerebu.
Apa yang penting, peluang kembali beraksi di court hijau selepas sekian lama bersama rakan2 generasi ke-9.mekasih aizuddin kapten pasukan, merasa gak dapat medal emas!
Padang SMAKL yang masih seperti dulu, dengan padang rumput yang tidak terjaga.
Alangkah baiknya aku dapat beraksi kembali di situ seperti masa mencurah keringat mewakili pasukan bola sepak SMAKL under-15 dan under-18 dahulu.
Namun apa yang pasti view menonton perlawanan bola sepak alumni vs smkakl yang sangat chantik daripada seating terrace yang sangat best!
Namun begitu, budaya memberi salam kepada senior/org luar macam kian terhakis.
Aku juga sempat solat berjemaah di surau al-falah, pondok melepak dan laluan akupunktur kaki di luarnya masih seperti dulu.Tapi toilet di bahagian wuduk lelaki sudah takde dan ade dinding yang menutupi pandangan budak putera ke bahagian wuduk budak puteri.Namun karpet hijau kuning masih melatari surau ini.
Budak SMAKL masih lagi suka bersembang sementara menunggu isya’ walaupun ada yang sedang menunaikan solat maghrib berjemaah.masih seperti dulu.
Budak putera dan puteri masih berdua-duaan bersembang ‘agak jauh’ almaklumlah budak sekolah agama.
Aku juga sempat menjenguk bangunan asrama putera, kolah dan kawasan ampaian, cuma x sampai naik ke dormitori. Apa yang masih membelenggu SMAKL dari dulu hingga ketika aku kembali ke sini,
bekalan air takde.tandas yang x diselenggarakan dengan baik.kekotoran persekitaran asrama; kasut sukan terbiar dan water cooler yang bersepah sampah di sekitarnya.tipikal SMAKL.
Aku sangat sedih sebenarnya melihatkan SMAKL yang tidak terurus menyambut kepulangan bekas penuntutnya.Aku harap sangat persatuan alumni SMAKL/SMKAKL boleh membantu daripada segi kewangan bagi urusan upgrade fasiliti di sini pada masa mendatang.
Aku juga sempat menyambar t-shirt kenang2an dan pelekat kereta SMAKL/SMKAKL di booth alumni yang dibuka.
Malamnya juga diadakan dinner semua generasi alumni bersama mantan guru/ustaz/cikgu yang pernah mengajar kami.Meremang bulu roma pabila lagu rasmi SMAKL bergema dalam dewan sekolah,agak catchy!
Ada juga slideshow presentation menggamit nostalgia silam SMAKL oleh Presiden Alumni, Saudara Jef Hazimin.
Persembahan flute oleh seorang alumni generasi 1st dan alunan nasyid daripada NowSeeHeart melengkapkan malam penuh kenangan.
Selesai sahaja majlis, aku ngan Mustarul Husaini sempat menyapa;
Cikgu Anuar - Guru Kemahiran Hidup Form 3, merangkap jurulatih hoki U-15
Ustazah Nasriyah – Guru Bahasa Arab Form 4 dan 5 (aku ingat sangat Ustazah nie,sebabnya aku x berapa faham cara beliau mengajar, namun aku redha dan cuba belajar sendiri ketika itu,hehe..).
Masih lagi bertudung hitam labuh.masih seperti dulu.
Ustazah Norhaliza – Ustazah paling chantik, menawan pada zaman itu.
Puan Fauziah Hanim – Cikgu Matematik merangkap warden asrama putera sewaktu Form 3,
yang kami sangat anti dengan suaminya,ahaha..
Puan Leele Susana – Guru Kelas 3 Abu Bakar, merangkap cikgu bahasa Inggeris.
Aku bergerak pulang ke Putrajaya - 12 tengah malam dengan jelas di mataku,seorang budak putera SMAKL melilit tuala ke leher,menuju ke bangunan sekolah : mungkin dalam misi mencari air pada tengah malam untuk mandi/qada hajat. Dulu pun aku seperti itu, bangun seawal 5 pagi untuk mandi di surau/pili air hadapan dewan makan/tepi bangunan sekolah.