Thursday, August 25, 2011

" Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H "



Alhamdulillah
dipanjangkan umur hingga ke
hari ini - 25 Ramadhan 1432H,
ada kira-kira 4 hari lagi
untuk menghabiskan puasa Ramadhan..:)

Dijangka umat Islam di Malaysia
akan menyambut Eid-ul-Fitri
pada 30 Ogos 2011,bersekali
dengan sambutan kemerdekaan Malaysia
(formerly known Persekutuan Tanah Melayu)
yg ke-XX pada 31 Ogos 2011.

Kiranya kita
akan menyambut RayaMerdeka,insyaAllah..

berbicara tentang Eid-ul-Fitri,
tiba-tiba aku teringat
apa sebenarnya maksud di sebalik perkataan
Eid-ul-Fitri ini..

Eid adalah kata lanjutan kepada kata asal,
a'ada iaitu bermaksud pulang/kembali..
manakala Fitri plak bermaksud fitrah..
jika disatukan kedua-duanya,

maka bermaksud KEMBALI KEPADA FITRAH :)

Ramadhan tahun ini,
so far...
2x aku sampai ke PaRam(Pasar Ramadhan),
2x dapat buat solat tarawih penuh (20+3)
3x dapat solat tarawih di luar Bandar Tun Razak,
3x dpt buka puasa bersama buah hatiku..:)
yg x best tue..
sekali pun x jejak kat Surau al-A'la utk solat tarawih.huhu.

Tahun ini,
insyaAllah aku dan famili
akan beraya di Kubang Pasu,Kedah..alhamdulillah :),
sesungguhnya raya di KL langsung x best
coz xde rumah untuk beraya...:(

Aku x sabar nak membeli juadah
kat paRam sekitar Jitra/Tanah Merah
coz aku tahu juadah tersedia
murah,byk & sedap...yes!!

Aku juga x sabar nak beraya
di rumah2 pak,mak menakan aku..
di rumah2 kwn2 aku jika depa ada kt rumah laa..:)

Sememangnya aku x sabar nak
ketemu dgn tanah bendang terbentang luas,
merasai angin2 sepoi bahasa dari perbukitan,
menikmati suasana indah perkampunganku..

Cuma perjalanan nak smpai ke utara Kedah itu
yang agak memeritkan..
almaklumlah trafik yang sesak sepanjang PLUS.
thn 2009 kami bertolak jam 3pagi
hanya utk smpai kat kampung jam 1 tgh hari..:(

Kali ini,
apalah untung nasib kami
pabila bertolak pada Ahad 28 Ogos ini.

************************************************

Di kesempatan ini,
aku memohon sejuta kemaafan
atas sebarang kekhilafanku -
zahiriah dan batiniah..

kepada kedua-dua ibu bapaku,
adik beradikku,
saudara-maraku,
rakan-rakan seperjuanganku
dari era SMAKL,UiTM,Public Service; SPR
dan kepada semua yang mengenali diri ini.

Doaku moga kalian
senantiasa berada dalam limpahan rahmat dan inayahNya,
selamat bergembira,bercanda tawa
dan saling menziarahi di lebaran ini,
di mana jua kalian berada.

Namun perlu diingat,
perginya ramadhan tahun ini
tiada jaminan bahawa kita akan ketemunya tahun depan.


"Ya Ramadhan,
Datangmu Dinanti,Pergimu Ditangisi.."





Wednesday, August 17, 2011

Sinetron Raja Namrud : Episod 4

Episod 4 : Langsung x Hormat

RN : Siapa hamba-hamba rakyat yang telah pergi ke persidangan itu?

UB : TL & BM tuanku.

RN : Kenapa beta tak tahu pun??

UB : Patik yang hantar nama mereka,tuanku...

RN : Aik? Kenapa x tunggu titah beta? dah tu beta x dimaklumkan terlebih dahulu...

*******************************************************************
Penglipurlara : Tiadalah daya RN sehinggakan titahnya tak didengar lagi.Rakyat pun sudah jelik dengannya.

Friday, August 12, 2011

Sinetron Raja Namrud : Episod 3

Episod 3 : Penafian Kesalahan Terlampau

Di suatu pagi yang hening..

RN : Sila rujuk kepada OT,tanya dia ke yang bawa USW masa tue?
Tika itu,beta bawa USW pagi sahaja atas urusan istana.Bukan beta yang kena
saman nie.

RDT : Baiklah,tuanku.

(selang 10 minit berlalu )

RDT : Patik dah rujuk kepada OT & buku log USW.Menurut rekod,hanya tuanku
sahaja yang menggunakan USW hari itu.Dah tu plak,hanya tuanku yang
terbiasa bawa USW ke mana pergi,tiada siapa mampu mengubah hakikat itu.

RN : Oh betulkah itu? Kenapa beta macam sukar mempercayainya??

****************************************************

Penglipurlara: Adalah sudah menjadi tabiat RN,seboleh-bolehnya mahu menafikan kesalahan yang dah dibuat.Meludah ke langit,tp jatuh kembali ke mukanya.

Friday, August 05, 2011

Sinetron Raja Namrud : Episod 2

Episod 2 :
Kehilangan Kad Sentuh & Pergi Raja Namrud

(GB terkial-terkial mencari kad S & P milik RN di pejabat tuanku)

GB : Hang ada amik kad S & P tuanku tak?

OT : Takde.Cheq pun ada kad S & P sendiri,kenapa perlu amik kad S & P tuanku?

GB : Buku Log USW tuanku ada dengan hang x? Cheq nk buat kira-kira nie..

OT : Hang carilah sendiri.Jgn libatkan aku dalam urusan ini.

(GB dan UB pun masih meneruskan usaha mencari kad S & P tuanku)

****************************************************************************

Penglipurlara: Kad S & P Raja Namrud yang haram tuan-tuan hamba pegang selain RN pun boleh hilang.Dah la hilang,pas tu GB dok syak tuan hamba(OT)hilangkan.RN pun cuai sangat dan pelupa,terhegeh-hegeh lah GB berusaha mencarinya..

Sinetron Raja Namrud : Episod 1

Mempersembahkan...

* Sinetron Raja Namrud *

Episod 1:
Perbicaraan spontan dlm mahkamah kesangsian.

RN : Beta x suka istana ini dicemari unsur-unsur hipokrit aka bermuka-muka.
Apa yang berlaku,sewajarnya diselesaikan mcm dalam keluarga.

OT : Patik dah baca tuanku,dan patik terasa hati dengan komen-komen itu,lalu diajukan pada tuanku akan permasalahan patik ini.

RN : Baiklah OT.Sekarang ini sesiapa cuba jelaskan benarkah dakwaan itu?

TL : Patik tak maksudkan ape yang patik-patik katakan,tuanku..
(sambil menangis teresak-esak)

GB : Patik tak nyatakan siapakah gerangannya dalam komen-komen itu,kenapa mesti ada yang terasa hati?

RN : Tahukah kalian? dakwaan ini jika ada benarnya boleh membuatkan istana beta ini
bergoncang,dan memalitkan arang di muka beta.Beta x suka kita yang hidup dalam istana ini hidup bermuka-muka dan berpuak-puak.

UB : Tapi tuanku,patik-patik x pernah berpuak-puak seperti titah tuanku tadi.

RN : Tolonglah ya,beta sudah tahu lama pasal berpuak-puak ini apabila berangkat masuk ke dalam istana ini.Masakan tidak benar??!!

UB :(senyap tidak terkata akannya lagi)

RN : Macam inilah,beta tak mahu lagi puan-puan hamba bermusuh lagi.Beta harap puan-puan hamba berbaiklah.

*************************************************************

Penglipurlara : Sesungguhnya RN tiadalah hebatnya membuat keputusan.Maka dilepaskanlah pesalah-pesalah itu tanpa sekelumit pun kesan-kesan keinsafan dalam hati mereka yang penuh kekotoran.

Sinopsis

Kebelakangan ini
aku terasa teringin nk buat
penceritaan ringkas bersiri
beserta komentar di akhirnya.

Aku x sabar nk start dah nie.
Perlu diingat,
penceritaan ini xde kene mengena
dgn yg masih hidup ataupun yg telah mati,
ianya rekaan semata-mata...

*******************************

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim
aku mulakan.

Thursday, August 04, 2011

Firaun Moden



Sekadar Renungan ~

Bayangkan kalian dapat pemimpin yg macam ni,
ape kalian buat?

1.Cakap x serupa bikin.
2.Buat peraturan kemudian langgar.
3.Perasan bagus.
4.Arahan x blh diubah,walaupun dah xde ape-ape manfaat darinya.
5.Penakut,x pandai buat keputusan sewajarnya.
6.Harta pejabat jadi harta sendiri.
7.Pelupa,dh keluarkan arahan-org dh buat keje tup-tup org lain plak wat keje tu.
8.Sombong,sume perkara kena datang mengadap.
9.Kebajikan staf sendiri x dijaga,tp org luar ditatang,dilayan bagai minyak yg penuh.
10.Pandai-pandai sndiri,x pernah bwk berbincang bila wat keputusan penting di pejabat.