Friday, August 05, 2011

Sinetron Raja Namrud : Episod 1

Mempersembahkan...

* Sinetron Raja Namrud *

Episod 1:
Perbicaraan spontan dlm mahkamah kesangsian.

RN : Beta x suka istana ini dicemari unsur-unsur hipokrit aka bermuka-muka.
Apa yang berlaku,sewajarnya diselesaikan mcm dalam keluarga.

OT : Patik dah baca tuanku,dan patik terasa hati dengan komen-komen itu,lalu diajukan pada tuanku akan permasalahan patik ini.

RN : Baiklah OT.Sekarang ini sesiapa cuba jelaskan benarkah dakwaan itu?

TL : Patik tak maksudkan ape yang patik-patik katakan,tuanku..
(sambil menangis teresak-esak)

GB : Patik tak nyatakan siapakah gerangannya dalam komen-komen itu,kenapa mesti ada yang terasa hati?

RN : Tahukah kalian? dakwaan ini jika ada benarnya boleh membuatkan istana beta ini
bergoncang,dan memalitkan arang di muka beta.Beta x suka kita yang hidup dalam istana ini hidup bermuka-muka dan berpuak-puak.

UB : Tapi tuanku,patik-patik x pernah berpuak-puak seperti titah tuanku tadi.

RN : Tolonglah ya,beta sudah tahu lama pasal berpuak-puak ini apabila berangkat masuk ke dalam istana ini.Masakan tidak benar??!!

UB :(senyap tidak terkata akannya lagi)

RN : Macam inilah,beta tak mahu lagi puan-puan hamba bermusuh lagi.Beta harap puan-puan hamba berbaiklah.

*************************************************************

Penglipurlara : Sesungguhnya RN tiadalah hebatnya membuat keputusan.Maka dilepaskanlah pesalah-pesalah itu tanpa sekelumit pun kesan-kesan keinsafan dalam hati mereka yang penuh kekotoran.

3 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

OMG! dasyat sungguh..
x layak lgsg jadi raja..

Khairul Amri Ishak said...

hakikatnya RN nie memang dah bergelar raja pun...:)

MISS DIVA said...

banyak sgt watak yg guna shortfont. kekeliruan menghantui pikiran hamba..macehhh