Tuesday, October 23, 2012

@ the Summit of Kinabalu Mt. !



Akhirnya aku telah berjaya menawan Low’s Peak,Kinabalu Mt. yang merupakan tertinggi di Asia Tenggara.



Ada hikmahnya aku posting ke UPE ini, banyak program rekreasi/riadah yg dpt aku sertai di sini.


Buat kali keduanya, aku menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu untuk Cabaran Pendakian Gunung Kinabalu, sejak kali pertama ke sini pada April 2004.

4 petang Ahad 7 Oktober 2012,kami selamat sampai ke BTN Kundasang,di sinilah kami akan bermalam untuk permulaan misi.Sangat indah pemandangan di sini, almaklumlah berlatarbelakangkan kawasan pergunungan.Kami semua telah ditempatkan di Rumah Tamu.


Seawal 7.30 pagi Isnin 8 Oktober,kami telah berkumpul untuk bergerak ke Mesilau Gate,di mana kami akan memulakan pendakian.Di sini kami telah diberikan taklimat oleh 4 org guides kami,di samping menyerahkan sebarang beban yang x mahu digalas sepanjang pendakian ke Laban Rata, kepada porter dengan bayaran sekilogram RM 10.


Aku sendiri mengambil masa 7 jam setengah untuk sampai ke Laban Rata dari Mesilau Gate,sejauh 8km.Pendakian sungguh mencabar, aku hanya mengekalkan momentum pendakian dengan tidak banyak berehat sekadar untuk merehatkan otot kaki.Namun begitu,aku hampir saja cramp semasa berehat di persimpangan ke Timpohon Gate, mujurlah dengan bantuan Yoko-Yoko, aku dapat menyambung pendakian 2km lagi ke Laban Rata.


Viewnya sangat chantik, penuh dengan pokok-pokok renek & tirus, juga terdapat small waterfall yang menyejukkan lagi iklim hutan ini.Cuaca juga agak baik,hujan turun hanya rintik-rintik sahaja,memudahkan pendakian yang sedia sukar.


Aku sampai ke Laban Rata Resthouse pada jam 5 petang,untuk makan malam.Itupun selepas terlajak 10min apabila aku mencari Panar Laban Hut untuk pitstop,sedangkan tidak perlu.Aku naik untuk tidor & berehat di Gunting Lagadan Hut pada jam 9 malam.Kawan-kawan lain semuanya sudah berdengkur tapi ternyata aku x blh tido lena dalam kesejukan.

2.30 pagi Selasa 9 Oktober ,pendaki wanita sudah terpacak di ruang legar Gunting Lagadan Hut.Kami semua minum milo & memasak megi untuk tenaga.Hampir saja kami berputus asa apabila hujan turun dengan lebatnya di sekitar Laban Rata.Alhamdulillah,misi kami menawan puncak kinabalu bermula jam 3.30 pagi selepas mendapat clearance daripada mountain guides kami.


Pendakian berbatuan menuju ke Sayat-Sayat Checkpoint,membuatkan aku sedikit termengah-mengah.Di sini,kami perlu register nombor pendaki kami.Aku juga sempat solat subuh.


Perjalanan untuk menawan Low’s Peak,puncak tertinggi di Gunung Kinabalu,sesungguhnya mencabar.Laluan menegak & landai memerlukan pendaki berpegang pada tali untuk keselamatan.Ketika ini,aku perlu mengekalkan stamina & mengawal pernafasan sebaik mungkin.Udara yang makin tipis,menyukarkan aku mendaki.Pada mulanya, aku banyak berehat dengan duduk selepas mendaki setiap 15-20m.Kemudiannya tidak semena-mena,aku mendapat idea untuk mengikuti cara seorang mamat mountain guide itu mendaki.Aku hanya berehat dengan berdiri menyelok poket jaketku,seterusnya terus mendaki perlahan-lahan tanpa menggunakan tali.Ternyata kasut adidas kampung yang ku pakai byk membantu dalam mencengkam batu-batuan yang ada di Gunung Kinabalu ini.


Kira-kira 6.40 pagi, aku yang mengikuti rapat Shahrizal & Mahyudin di depanku, ternampak papan tanda Low’s Peak. Apa lagi,aku pun mengerah segala kudrat tenaga yang masih ada terus mendaki selajunya ke puncak.Alhamdulillah segala penat lelah hilang begitu sahaja apabila dengan rasminya menyentuh Low’s Peak, 5 minit kemudian. Aku merupakan orang ke-5 daripada 17 orang pendaki UPE berjaya sampai.Sungguh indah berada di sini,melihat persekitaran berbatuan di sekitar dan pekan Kundasang di bawahnya.Sejuk tidak terkata,waktu berkata-kata pun berasap jadinya!



2 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...
This comment has been removed by the author.
Khairul Amri Ishak said...

hehe..10q a lot,

but so far,xde niat lg nk smpai puncak kali k2..hehe