Monday, August 30, 2010

:: MERDEKA yang x dirasa ::



Rasa2nye seumur hidupku,
x pernah lg menyambut merdeka dlm bulan ramadhan

tahun ni,
malaysia menyambut merdeka
dlm bulan ramadhan,menarik!

cuma aku rasa ade smbutan mlm merdeka
iaitu malam ni, dh tentu sume org blh bersesak2
d dataran merdeka,dan tmpat sewaktu dgnnya.

xpelah biarkan mereka yg mahu
meraikan dgn cara sebegitu..
jgn lupa diri nk puasa esok hari esoknya,sudahlah..huhu

aku sndiri x pernah menyambut merdeka secara live,
aku hanya tgk dari jauh je pesta bunga api,
itupun jika ade niat nk meraikan pd tgh2 mlm tu..

cuma tahun ni,
rakyat malaysia esp yg berpuasa
dan beragama islam macam x berapa excited
nk sambut merdeka ( aku rasa la..)
mgkin lg excited nk menyambut raya eid ul fitri kot..

dh la jatuhnya lg 10 hari nk raya,
mungkin ade yg sibuk2 countdown nk balik raya,
x pun masih berdengkur pagi kemerdekaan nanti..oh ho!

apepun,
thn ni malaysia yg dicintai ni
sudah berumur 53tahun,ESOK!

sepatutnya negara yg sudah separuh abad
makin maju, makin harmoni, makin tinggi nilai2 budinya..

TAPI..
ada saja yg x kena
ada saja yg x amik peduli
ada saja yg nk komplen
dari mereka yg bernaung,menjalani hidup
di bawah naungan negara berdaulat,MALAYSIA ini..

moga MALAYSIA kan kekal harmoni
utk dinikmati oleh generasi yg seterusnya!!

Lets Celebrate Independence Day!

Wednesday, August 11, 2010

Aduhai Ramadhan Datang Lagi...



Ramadhan Kareem
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan :)

Syukur kita diketemukan
lagi dgn Ramadhan...

di mana di dalamnya
ada Lailatul Qadr,
yg mana lebih baik drpd seribu bulan..

di mana semua syaitan yg direjam
dirantai drpd menggoda manusia
selama sebulan..

dimana perang Islam pertama
menentang golongan kuffar; Badar Hizb
berlaku..

di mana ayat
al-Quran pertama diturunkan
berlaku dlm bulan ini,
kini digelar sambutan Nuzul Quran..

di mana sesetengah negeri
meraikan awal Ramadhan dgn bercuti
seperti di Melaka & Johor..

di mana kita perhatikan jua,
umat Islam yg telah salah konsep
dalam meningkatkan amal ibadah
di bulan penuh barakah wa maghfirah ini..

antaranya;
puasa yang ditunaikan
tanpa diikuti solat 5 waktu
sepanjang mengerjakannya..

juga masjid2 & surau2
yang penuh dgn mereka yg mau menunaikan
solat tarawih, itupun sekadar 8 rakaat sahaja
(namun tiada salahnya, yang penting memperolehi fadhilatnya..),
belum dikira yg semangat bertarawih
utk 2minggu pertama & kian suram
utk 2 minggu terakhir Ramadhan..

sedangkan makin berganjak Ramadhan,
umat Islam digalakkan meningkatkan amal ibadat
bagi mengejar nikmat malam Qadr..

juga amalan berbuka puasa secara bufet
yg berlebihan & membazir
di hotel-hotel besar,
sedangkan masih ada umat Islam
di sesetengah negara
yg berbuka dgn air kosong & buah tamar..

juga peniaga2 yg mengejar keuntungan melampau
semasa berniaga di bazar Ramadhan seluruh negara,
dengan menaikkan harga jualan makanan & minuman..

sedangkan apa salahnya
mengurangkan harga jualan kepada
keuntungan yg ala kadar sejajar dgn inisiatif
memberikan peluang kpd pengunjung
membeli juadah utk berbuka puasa,
kan dpt diperolehi pahala di sisiNya??

sebut pasal Ramadhan,
byk yg suramnya berlaku
di kalangan umat Islam
di Malaysia..

aduhai,
bilakah kesedaran itu
kan datang menjemput???

Thursday, August 05, 2010

4 U Palestine!



Kelmarin,
aku telah mendaftarkan diri
sebagai sukarelawan AMAL,
ketika bertugas outreach di Universiti Malaya.

Menurut Tn Haji
yang bertugas di booth Yayasan Amal itu,
sekiranya lulus interbiu,
bolehlah join misi kemanusiaan ke Genting Gaza
( Gaza Strip ) wilayah bergolak Palestine
menjelang Disember tahun ini..:)

Berharap sangat
terpilih untuk ke sana,
bagi merasai penderitaan, kesengsaraan & kesabaran
akhi akhawat seislam di sana,
juga bertugas menghantar bantuan kemanusiaan
seperti makanan & ubat-ubatan...

Bumi Palestina
sudah sekian lama bermandikan darah para syuhada',
yang sekian lama dinafikan
hak mutlak bermastautin
di tanah air mereka sendiri
oleh rejim zionis yang zalim lagi
dilaknati yang mewujudkan negara haram Israel!!!

Sebagai tanda sokongan
kepada perjuangan Palestina,
aku sempat membeli mafla
'Al Quds Lana,Nahnu Kadimun'..

Doaku semoga umat Islam seantero dunia
dapat memanjatkan doa untuk kesejahteraan saudara kita,
agar mereka dapat menyambut Ramadhan tahun ini
tanpa bergelumang darah seperti bulan-bulan lainnya...AMIN.

Monday, July 19, 2010

KT, Here We Come!

Sabtu 17 Julai 2010,
berkunjung ke Kuala Terengganu
untuk attend kenduri syuriza..

dengan sebuah ghete shj
masuk ke hiway karak
kui 7pg
tanpa diiringi ghete satu lagi.
baru ingat nk excited berkonvoi
dua buah ghete...huhu.

last smpai ke sini
time kecoh2 pasai kes stadium
sultan mizan tu runtuh...ahaha

waktu tu siap ajak herman berposing dpn
stadium yang runtuh,
tapi rupa2nya smpai skrg
stadium tu masih belum abes sakitnya...

kami berpeluang ke kg baru
seberang takir, lokasi majlis munakahat kali ni..
rasa2nya rmh ni
mcm baru siap jer...
mungkin pas pencen,
ayah syu terus balik ke kg halaman...

sempat ketemu dgn fadli
( rakan jiwa kacau futsal pptd )
bersama pasangannya,
juga rakan seMU aku, azraai
(siap berjaga malam tgk champs league final 2008 kt intengah jln elmu )
bersama isteri & anaknya.

1st time dlm sejarah,
kami decide nk makan kt tepi je,
biasanya penanggah je yang mkn kat
tempat org basuh tangan...hehe.
nasiblah yaya & wan,
- suami isteri tu x mau berpisah...;)


Syuriza & Ikmal,moga berbahagia ke akhir hayat...

seterusnya,
sempat bergambar dgn pasangan pengantin
dekorasi pelamin serba pink,
bahagia sungguh tgk chuckies ikmal & syuriza
membina istana bahagia..congratz to both of u! :)

kemudian membeli supply utk
dibawa ke tasik kenyir ~
keropok lekor goreng kak yah di losong
& family feast di kfc batu buruk...

nasiblah wan dgn bijaknya
b'tanya jalan plg dekat utk smpai ke jeti gawi
dr pusat bandar.yang aku perasan,
kami ada melalui jalan ke permaisuri,besut,etc...

smpai ke jeti kui 6 ptg,
amik masa 10min utk sampai ke pulah sah besar,
yg menempatkan rumah peranginan persekutuan
tasik kenyir...

aku suke sangat view kt sini
walaupun sekadar tasik buatan,
tp luasnya mcm dh jadi tasik semulajadi..

ade sket frust,
bile tgk kayak2 yg berlabuh kat jeti
tp dh x sempat nk berkayak coz dh nk senja..huhu

mlm tu kami sekadar tgk tv je pas dinner,
tp aku suka sangat coz sepanjang mlm,
hujan turun dengan rancaknya.

memang sedap ayam kfc dicicah sos keropok lekor...
pagi esoknya,
yaya & wan tlg 'perangat' kopok lekor
& ayam yg x abes smlm wat bfast
smbil disajikan dengan ayaq suam.
misi akmal nk cari 3 in 1 mmg gagal...


inilah dia 4 org yg berjaya smpai KT!
9.30pagi ~
kami pun checkout dari banglo kami
dan minta abg bot hantar,
konon2nya nk tapau ayaq tongkat ali,
tp dpt minum segelas je kt situ,
lagi ok daripada x dpt langsung
mcm si akmal tu...ahaha,
alasan abg tongkat ali tu :
petang2 baru blh amik bile pelawat dh xde..

otw balik,
kami try cari pantai telok lipat
seperti yg dipromote oleh abg tngkat ali
tp x jumpe2..cheh!

akhirnya bergambar d pantai kemasik
x jauh dr intim kemaman,
lunch sume kt situ tp kenapa
sotong goreng tepungnya
rase mcm pisang goreng??? hehe...

akhirnya
as usual,
aku pasti singgah ke kedai keropok lekor
cap intan,dkt jalan nk ke kuala kemaman
utk memborong keropok lekor...:)

*selamat sampai
ke Key EL
jam 9malam....*

Tuesday, July 13, 2010

Nostalgia la sangat...



Sekian lama mengabdikan diri,
kini terpisah sudah dengan si dia,
dengar katanya
akan ditransfer ke sabah / sarawak...

moga kenangan bersamanya
selama kira-kira 7 tahun
juga jasanya dari mula berkhidmat
sejak tahun 2003 lagi -
menemaniku semasa zaman hidup
ala kadar itu,
akan aku kenang selalu...ahaha

~ DIA yg dimaksudkan adalah
seperti tertera di atas ~

adieu amigos!
tschuss wave 100!