
Ramadhan Kareem
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan :)
Syukur kita diketemukan
lagi dgn Ramadhan...
di mana di dalamnya
ada Lailatul Qadr,
yg mana lebih baik drpd seribu bulan..
di mana semua syaitan yg direjam
dirantai drpd menggoda manusia
selama sebulan..
dimana perang Islam pertama
menentang golongan kuffar; Badar Hizb
berlaku..
di mana ayat
al-Quran pertama diturunkan
berlaku dlm bulan ini,
kini digelar sambutan Nuzul Quran..
di mana sesetengah negeri
meraikan awal Ramadhan dgn bercuti
seperti di Melaka & Johor..
di mana kita perhatikan jua,
umat Islam yg telah salah konsep
dalam meningkatkan amal ibadah
di bulan penuh barakah wa maghfirah ini..
antaranya;
puasa yang ditunaikan
tanpa diikuti solat 5 waktu
sepanjang mengerjakannya..
juga masjid2 & surau2
yang penuh dgn mereka yg mau menunaikan
solat tarawih, itupun sekadar 8 rakaat sahaja
(namun tiada salahnya, yang penting memperolehi fadhilatnya..),
belum dikira yg semangat bertarawih
utk 2minggu pertama & kian suram
utk 2 minggu terakhir Ramadhan..
sedangkan makin berganjak Ramadhan,
umat Islam digalakkan meningkatkan amal ibadat
bagi mengejar nikmat malam Qadr..
juga amalan berbuka puasa secara bufet
yg berlebihan & membazir
di hotel-hotel besar,
sedangkan masih ada umat Islam
di sesetengah negara
yg berbuka dgn air kosong & buah tamar..
juga peniaga2 yg mengejar keuntungan melampau
semasa berniaga di bazar Ramadhan seluruh negara,
dengan menaikkan harga jualan makanan & minuman..
sedangkan apa salahnya
mengurangkan harga jualan kepada
keuntungan yg ala kadar sejajar dgn inisiatif
memberikan peluang kpd pengunjung
membeli juadah utk berbuka puasa,
kan dpt diperolehi pahala di sisiNya??
sebut pasal Ramadhan,
byk yg suramnya berlaku
di kalangan umat Islam
di Malaysia..
aduhai,
bilakah kesedaran itu
kan datang menjemput???
No comments:
Post a Comment