
Kelmarin,
aku telah mendaftarkan diri
sebagai sukarelawan AMAL,
ketika bertugas outreach di Universiti Malaya.
Menurut Tn Haji
yang bertugas di booth Yayasan Amal itu,
sekiranya lulus interbiu,
bolehlah join misi kemanusiaan ke Genting Gaza
( Gaza Strip ) wilayah bergolak Palestine
menjelang Disember tahun ini..:)
Berharap sangat
terpilih untuk ke sana,
bagi merasai penderitaan, kesengsaraan & kesabaran
akhi akhawat seislam di sana,
juga bertugas menghantar bantuan kemanusiaan
seperti makanan & ubat-ubatan...
Bumi Palestina
sudah sekian lama bermandikan darah para syuhada',
yang sekian lama dinafikan
hak mutlak bermastautin
di tanah air mereka sendiri
oleh rejim zionis yang zalim lagi
dilaknati yang mewujudkan negara haram Israel!!!
Sebagai tanda sokongan
kepada perjuangan Palestina,
aku sempat membeli mafla
'Al Quds Lana,Nahnu Kadimun'..
Doaku semoga umat Islam seantero dunia
dapat memanjatkan doa untuk kesejahteraan saudara kita,
agar mereka dapat menyambut Ramadhan tahun ini
tanpa bergelumang darah seperti bulan-bulan lainnya...AMIN.
2 comments:
khaibar2, khaibar ya yahudi.
tentera muhammad, telah tiba!
bagus rio, boleh daftar Haluan, Aman Palestin, Aqsa Syarif jugak okay
nak ekot jugak..
Post a Comment