Pagi ni g keje terasa seronok,
kalau hari2 mcm ni kan bagus..
kesesakan jalan d pagi hari
dlm bulan ramadhan,
mcm x wujud pg ni!
rase2nye kbykan perantau d kolumpo ni
mmg otw to b out from here,
but not me & my family..huhu
walaupun aku dilahirkan,dibesarkan,
disekolahkan,diuniversitikan & dikerjakan
mmg d kolumpo ( pernah satu ketika d putrajaya ),
aku x pernah menganggap kolumpo ni as my hometown..
never in my lifetime!
sebenar2nya aku suke balik kedah,
kampung mak ayah aku ~
ayah d kg pulau timbul ( timboi in kedah )
mak d kg pulau nyior ( nyok in kedah ),
dua-dua kg ni terletak dlm
mukim jeram,tunjang,kubang pasu..
sape d m'sia yg x kenai kubang pasu?
dulu pernah diwakili oleh
tun dr mahathir aka che det,
la ni dato' johari baharum sbgai wakil rakyat depa.
erm aku suka blk kampungku
x kira la waktu bile pun,
cuma time raya aidilfitri ni
of course la, a lot special!
aku suke pemandangan bendang yg memukau
esp hampir2 senja,view panahan matahari ke tgh2 bendang
mmg buat aku breathtaking!
aku suke bwk moto melalui batas2 bendang
aku suke aroma & angin dr perbukitan d kampung..
kalau time raya plak..
aku suke murtabak bazar ramadhan
dkt simpang dkt
rumah tauke bas HBR.
aku suke menyibuk dkt rmh pakcik2 aku
tlg pkcik,mkcik & sepupu aku
wat persiapan nak smbut raya.
aku suke try loghat kedah aku bile balik kg
walaupun slang bandar ade sket2,
ye la sepupu2 aku sumenye mmg origin kedah,
x salah kan? ;)
aku suke bila dpt merasa pelbagai juadah
d kampung..
almaklumlah hmpir sume di kg aku tu
mmg saudara2 aku ~
pak menakan la,mak menakan la,dua pupu la,dll
waktu raya ni la masenye nak
rapatkan ukhwah sesama saudara mara,
bukannya balik kg selalu...
kakak aku kate la,
tok kiah nye ketupat pulut hitam
bile cicah rendang
is the best in the world!
aku setuju sangat!
aku nye fav time raya,
4 sure laksa lemak kak saudara aku,kak eda!
kalau rmh2 yg lain,aku x pasti coz
setiap kali mai ziarah,
menu tu bertukar...ahaha.
time raya gak,
aku akan berhubung dgn kwn2 aku yg mmg beraya d kedah,
roger depa nk mai rumah depa kalau ade kelapangan,
juga aku x kan melepaskan peluang
utk ke padang besaq,perlis
utk shopping sket,itupun jersi jer laa...
utk tahun ni,
mmg pasti aku raya d kolumpo je
coz my parents x mau balik kedah thn ni,
maybe next year depa kata..
dlm pd aku bersedih x dpt balik kedah thn ni,
aku masih bahagia coz
x perlu bersesak2 di hiway PLUS utk balik beraya
thn lepas 10jam baru smpai kg woi!
Malam ini kot,
pengumuman raya akan berlaku
ade rumours kata esok khamis 9sept
tp biasenye kalendar tu dh tepat dah
kita tgk je la kesudahannya...
mlm ni juga,
dijangka ibadat khusus ramadhan ~
solat tarawikh akan ditunaikan
wat kali terakhir utk thn ni,insyaAllah :)
sebut pasai tarawikh,
ade 2 perkara yg buat aku tertanya2..
1. kat masjid area rmh aku, ade seorg pkcik berjubah putih ni..
org lain buat tarawikh berjemaah,
dia buat gerakan solo bbrpe saf di blkg,
siap baca surah panjang kuat-kuat..??
2.kat bwh rumah aku, ade pondok menghadap jalan..
ade sekelompok manusia,nk kata bodoh x,nk kata pndai lg la x
spjg ramadhan ni,depa dok sibuk bakaq lemang buat jualan,
ini termasuklah time org dok sibuk2 nk g wat tarawikh..
yg aku panas tu, mmg lah cari rezeki tu dituntut sgt2,
tp kenelah pndai bezakan waktu yg sesuai,
juga payah sgt ke nk buat ibadat waktu2 mcm tu??
apepun,
aku cuma nampak
shahru ramadhan yg akan pergi ini,
sume org gembira atas sbb2 yg berbeza-beza..
namun ape yg penting,
biarlah kita gembira,bahagia kerna
kita yakin telah dpt mencapai keredhaanNya
dlm menjalani ibadah puasa Ramadhan thn ni.. :)
"..A Future Filled With Great Expectations, A Past That Made Us Struggle With Our Own Imperfections.."
Wednesday, September 08, 2010
Thursday, September 02, 2010
Bukan Selalu!!

SEMALAM
aku menerima undangan mjlis brbuka puasa
bersama Jabatan Penerangan WP Kuala Lumpur..
aku g dgn pptm je
coz dlm maklum balas jmputan
blh bg 2 nama jer..huhu
aku mula2nye malas nk pegi sgt2
tp mengenangkan stiap kali ade event
bos aku tolak kt aku,asyik2 x pegi je..
kali ni aku gagahkan diri jua,
persepsi bos 'budak ni x hormat aku kot?'
kena jaga...ahahaha..
event ni akan berlangsung di
kelab golf perkhidmatan awam
~shortform KGPA~ mmg nostalgia sket2 la tmpat ni..
2thn dulu aku dok ulang alik lbh kurang 2bulan
dr intan jln elmu ke intan bkt kiara,
setiap kali naik bas intan
mmg dok nampak signboard besar kgpa ni kat
simpang 4 jln dato' abu bakar tu..
pastu yg best tu,
aku pernah smpai mlm2 kt sini
utk attend modul protokol sidang aku,
pakai baju 'mes nite' kot..hehe
aku smpai kt kgpa ni
jam 4.50ptg,buat kali keduanya..
dlm hati aku bangga civil service
ade kelab golf sndiri,so elegant!
kami parking kt non-member parking area,
kene la jln sket nk main building..
smbil aku cakap dgn rizal, hrp2 mkn nasi beryani
katering pun x per...hehe
smpai je kt sner,
aku mula mmbayangkan yg indah2,
rupo2nye kt sini pun ade bufet,
kt area concourse kot,
ade terpampang banner bufet ramadhan
rm48++ for adult, rm24++ for child
ape2hal register dulu,
dptlah goodies as expected..
plg aku suke
smpai saat ini msh dlm plastic bag,
depa bg t-shirt berkolar 1 m'sia
kaler biru muda..;)
kui 6ptg sharp majlis bermula,
as usual and expected,
we start with lagu negaraku,
ucapan alu2an dr setiausaha mkn negeri,
pengarah jabatan penerangan,
akhir sekali tazkirah ramadhan
oleh dato' XX,aku x ingat nama dia..
korg mesti pelik kan?
tazkirah oleh seorg dato'
bukan al-fadhil ustaz?
tp aku tak langsung...
as expected ~
tajuknya..jeng jeng jeng!
'kuasa politik org melayu makin terhakis'
mmg hebat dato' ni,
berhujah tp aku ade pandangan aku sndiri,
cuma x mau ckp je dlm mjlis ni,
nanti org tau ade org spr...
eh x la,aku x nak
bengkeng sama my senior..
bg chance kt dato' ni
dia lg byk mkn garam dr aku...
ade satu perkara tertanya2,
setiausaha mjlis keselamatan negeri(MKN)
gred brape yer? ade sape2 blh jwb?
sesi abes 7mlm,
terus shoot ke area bufet..
perghhh! ramai giler!
dh mcm kenduri kt area bufet ni,
aku sungguh x menyangka..
ingatkan tmpat ni xde org tahu..sungguh naif aku!
ni yg aku nmpak la menu yg ade ~
soto ayam,gulai kawah,sup tulang
nasi campur pelbagai lauk hampir 30jenis,
yong tau fu,laksa penang,mi rebus,
roti john,rojak mamak,pisang goreng,
pelbagai tempura,kebab,pelbagai spaghetti & pasta,
pelbagai salad, french fries,nugget,hot dog,
seafood bakar & goreng, nasi beryani, nasi mendi,
kambing panggang,ketupat,lemang,rendang daging.
air penyejuk badan plak ~
mcm2 ade antaranya kathira,soya,tebu,jagung,mangga,teh o ais limau
air pemanas badan yg aku perasan ~ teh tarik je..
x lupe ade desert ~
pelbagai kuih muih,puding,lempeng,
aiskrim & abc, 4 sure...
yg aku sempat try..
tempura,hotdog,ff,
kambing panggang+nasi beryani,
6 cucuk sate,laksa
ayaq tebu + kathira + soya
dan akhir sekali aiskrim..
that's all..
terus g solat maghrib,
alhamdulillah ramai yg Q amik wudhuk
nk bersolat..mkn, mkn jugak
yg wajib kene laksanakan...:)
bile2 aku nk dtg lg la
view 'nice' tp aku x amik pict pun,
aku kan x suke amik pict sorang2...huhu
Monday, August 30, 2010
:: MERDEKA yang x dirasa ::

Rasa2nye seumur hidupku,
x pernah lg menyambut merdeka dlm bulan ramadhan
tahun ni,
malaysia menyambut merdeka
dlm bulan ramadhan,menarik!
cuma aku rasa ade smbutan mlm merdeka
iaitu malam ni, dh tentu sume org blh bersesak2
d dataran merdeka,dan tmpat sewaktu dgnnya.
xpelah biarkan mereka yg mahu
meraikan dgn cara sebegitu..
jgn lupa diri nk puasa esok hari esoknya,sudahlah..huhu
aku sndiri x pernah menyambut merdeka secara live,
aku hanya tgk dari jauh je pesta bunga api,
itupun jika ade niat nk meraikan pd tgh2 mlm tu..
cuma tahun ni,
rakyat malaysia esp yg berpuasa
dan beragama islam macam x berapa excited
nk sambut merdeka ( aku rasa la..)
mgkin lg excited nk menyambut raya eid ul fitri kot..
dh la jatuhnya lg 10 hari nk raya,
mungkin ade yg sibuk2 countdown nk balik raya,
x pun masih berdengkur pagi kemerdekaan nanti..oh ho!
apepun,
thn ni malaysia yg dicintai ni
sudah berumur 53tahun,ESOK!
sepatutnya negara yg sudah separuh abad
makin maju, makin harmoni, makin tinggi nilai2 budinya..
TAPI..
ada saja yg x kena
ada saja yg x amik peduli
ada saja yg nk komplen
dari mereka yg bernaung,menjalani hidup
di bawah naungan negara berdaulat,MALAYSIA ini..
moga MALAYSIA kan kekal harmoni
utk dinikmati oleh generasi yg seterusnya!!
Lets Celebrate Independence Day!
Wednesday, August 11, 2010
Aduhai Ramadhan Datang Lagi...

Ramadhan Kareem
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan :)
Syukur kita diketemukan
lagi dgn Ramadhan...
di mana di dalamnya
ada Lailatul Qadr,
yg mana lebih baik drpd seribu bulan..
di mana semua syaitan yg direjam
dirantai drpd menggoda manusia
selama sebulan..
dimana perang Islam pertama
menentang golongan kuffar; Badar Hizb
berlaku..
di mana ayat
al-Quran pertama diturunkan
berlaku dlm bulan ini,
kini digelar sambutan Nuzul Quran..
di mana sesetengah negeri
meraikan awal Ramadhan dgn bercuti
seperti di Melaka & Johor..
di mana kita perhatikan jua,
umat Islam yg telah salah konsep
dalam meningkatkan amal ibadah
di bulan penuh barakah wa maghfirah ini..
antaranya;
puasa yang ditunaikan
tanpa diikuti solat 5 waktu
sepanjang mengerjakannya..
juga masjid2 & surau2
yang penuh dgn mereka yg mau menunaikan
solat tarawih, itupun sekadar 8 rakaat sahaja
(namun tiada salahnya, yang penting memperolehi fadhilatnya..),
belum dikira yg semangat bertarawih
utk 2minggu pertama & kian suram
utk 2 minggu terakhir Ramadhan..
sedangkan makin berganjak Ramadhan,
umat Islam digalakkan meningkatkan amal ibadat
bagi mengejar nikmat malam Qadr..
juga amalan berbuka puasa secara bufet
yg berlebihan & membazir
di hotel-hotel besar,
sedangkan masih ada umat Islam
di sesetengah negara
yg berbuka dgn air kosong & buah tamar..
juga peniaga2 yg mengejar keuntungan melampau
semasa berniaga di bazar Ramadhan seluruh negara,
dengan menaikkan harga jualan makanan & minuman..
sedangkan apa salahnya
mengurangkan harga jualan kepada
keuntungan yg ala kadar sejajar dgn inisiatif
memberikan peluang kpd pengunjung
membeli juadah utk berbuka puasa,
kan dpt diperolehi pahala di sisiNya??
sebut pasal Ramadhan,
byk yg suramnya berlaku
di kalangan umat Islam
di Malaysia..
aduhai,
bilakah kesedaran itu
kan datang menjemput???
Thursday, August 05, 2010
4 U Palestine!

Kelmarin,
aku telah mendaftarkan diri
sebagai sukarelawan AMAL,
ketika bertugas outreach di Universiti Malaya.
Menurut Tn Haji
yang bertugas di booth Yayasan Amal itu,
sekiranya lulus interbiu,
bolehlah join misi kemanusiaan ke Genting Gaza
( Gaza Strip ) wilayah bergolak Palestine
menjelang Disember tahun ini..:)
Berharap sangat
terpilih untuk ke sana,
bagi merasai penderitaan, kesengsaraan & kesabaran
akhi akhawat seislam di sana,
juga bertugas menghantar bantuan kemanusiaan
seperti makanan & ubat-ubatan...
Bumi Palestina
sudah sekian lama bermandikan darah para syuhada',
yang sekian lama dinafikan
hak mutlak bermastautin
di tanah air mereka sendiri
oleh rejim zionis yang zalim lagi
dilaknati yang mewujudkan negara haram Israel!!!
Sebagai tanda sokongan
kepada perjuangan Palestina,
aku sempat membeli mafla
'Al Quds Lana,Nahnu Kadimun'..
Doaku semoga umat Islam seantero dunia
dapat memanjatkan doa untuk kesejahteraan saudara kita,
agar mereka dapat menyambut Ramadhan tahun ini
tanpa bergelumang darah seperti bulan-bulan lainnya...AMIN.
Subscribe to:
Posts (Atom)