Friday, April 25, 2014

Beijing Adventure Day 2 : Jiankou to Mutianyu Great Wall


Mode of transportation :-

1. Nanlougu Xiang ke Dongzhimen via subway > 20 minit
2. Dongzhimen ke Huairou District via Bas 916 > 1.5 jam
3. Huairou District ke Xizhazhi Village via Chartered Van > 1jam

Akhirnya dengan izinNya, kami menjejakkan kaki ke perkampungan Xizhazhi –
starting point untuk pendakian mencabar ke Jiankou Great Wall
dan menuju terus ke Mutianyu Great Wall.
Bayaran masuk adalah semurah 20 yuan untuk setiap orang.

Laluan pendakian kami sebenarnya diinspirasikan daripada Lonely Planet yang mencadangkan sesiapa yang mahu merasai pengalaman Great Wall yang ekstrem, unik, natural dan tidak terurus keadaannya, bolehlah memilih untuk mencuba Jiankou to Mutianyu Great Wall.


Kat sini, semestinyalah kami tak mungkin terjumpa kafe/restoran,
tandas, kedai2 mahupun sijil untuk mereka yang berjaya mendaki
Great Wall seperti mana di Badaling.

Kami memulakan pendakian bermula tepat 12 tengah hari.
Trek mendaki pada mulanya mudah namun makin sukar apabila perlu
mengikuti laluan dalam hutan yang rata tanpa sebarang petunjuk/ tanda arah.
Keadaan semakin ekstrem apabila kami mula mendaki menegak melalui akar-akar kayu,
tebing-tebing curam demi menuju ke 3 puncak gunung/bukit batu kapur pada ketinggian hampir 900meter.

Aku sendiri agak cuak bila memikirkan hanya kami bertiga dalam hutan ketika itu,
without any local lines to reach us.
Kami hanya sempat berpesan kepada pemandu kami supaya menunggu kami
di kawasan parking Mutianyu Great Wall sekitar 4 atau 5 petang.
Tambahan pula, hampir sejam 45minit tempoh pendakian,
bayangan Jiankou Great Wall masih belum kelihatan.

Alhamdulillah, 10 minit sebelum 2 petang, kami semua telah berjumpa pintu masuk
ke salah satu watchtower di Jiankou GW. Perasaanya x tergambarkan.
Keadaan watchtower yang tidak terurus dengan batu bata yang
pecah menggamit kami yang kelelahan.


Apa lagi, kami terus mendaki tangga untuk masuk ke dalam tembok.
Namun, kali ini kami tidak bersendirian.Ada 5 orang lagi pendaki
yang sampai hampir serentak dengan kami.

Pemandangan sekitar Beijing Knot Watchtower ini sungguh indah.
Panorama awan yang berkabus, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa,
pokok-pokok hutan yang sedang mengalami musim bunga dan keadaan
tembok yang sangat semulajadi tanpa sebarang penambahbaikan, memang mengujakan.
Kami juga sempat lunch kat sini dengan berbekal
biskut Oreo, Jack n Jill Potatoes dan Air Mineral.


Kami meneruskan pendakian di Jiankou GW dengan sekejap mendaki menaik,
menurun dan mendaki kembali dengan melalui watchtower berlainan setiap 300-400meter.

Keadaan laluan tembok dengan batu-batu laluan yang pecah sambil ditumbuhi
pokok-pokok renek hutan di tengah-tengahnya, dan sesekali ditemui pokok bunga
sakura yang tumbuh meliar betul-betul di tepi tembok, memang sangatlah mencabar.
Momentum pendakian kami juga perlu dilakukan dengan berhati-hati
bagi mengelakkan sebarang kecelakaan.

Pemandangan persekitaran yang indah dan sunyi sungguh mendamaikan jiwa,
terasa macam x nak balik semula ke Central Beijing lagaknya.

Sebenarnya, setiap watchtower di Jiankou GW ini memiliki
nama uniknya sendiri dan mempunyai design yang berlainan.
Setiap nama adalah refleksi kepada bagaimana kesukaran
pendaki mahu sampai ke setiap watchtower.
Selepas hampir 2 jam mengalami pendakian ekstrem Jiankou GW,
hampir pukul 4 petang, kami mula tiba di sempadan Mutianyu Great Wall.
Kat salah satu watchtower di sini, kami akhirnya berjumpa dengan
seorang pakcik peniaga yang menjual barangan runcit.
Betapa gembiranya kami apabila berjumpa kembali local people selepas sekian lama mendaki bertiga sahaja.

The condition of this Mutianyu Great Wall is very much tip-top.
It seems the Chinese government investing a lot of money to preserve
this part of Great Wall, to attract tourists from local or abroad,
and choose to ignore others wild GW,like Jiankou GW,
Jinshangling GW or Huangchengguan GW.
Kat sini, pendakian lebih kepada menurun dengan tangga-tangga bertingkat
yang tinggi dan diselangi laluan menurun yang landai.
Kat sini juga, kalau nak bergambar dengan berlatarbelakang Great Wall yang tinggi di belakang kita, memang boleh sangat.

Akhirnya tepat jam 5.10 petang, kami ketemu dengan watchtower
di mana stesen kereta kabel mula berfungsi. Hasrat di hati memang nak
meneruskan pendakian sampai ke hujung Mutianyu GW, tapi terpaksa
dibatalkan kerana tidak pasti sejauh mana lagi kami perlu mendaki
dan juga memikirkan pemandu kami mungkin telah lama menunggu.
Dengan 60 yuan seorang, kami pun dengan berat hati menaiki kereta kabel
untuk jarak hanya 350 meter terus ke tempat parking.

Around 5.30 pm, finally we are reunited with our driver,
but for me personally, it is really my pleasure to achieve my dream
to touch, grace and discover the amazing beauty of China Great Wall,
one of seven ancient wonders of the world, already materialized.
Till we meet again, my dear Great Wall!


No comments: