"..A Future Filled With Great Expectations, A Past That Made Us Struggle With Our Own Imperfections.."
Friday, April 25, 2014
Beijing Adventure - Day 1 Still
Kami bergerak ke Beijing Olympic Park untuk bersiar-siar
di sekitar perkampungan Sukan Olimpik Beijing 2008. Dari hotel penginapan,
15minit diperlukan untuk sampai ke sini melalui subway.
Crowd agak ramai, namun terkawal.
Mungkin juga disebabkan kawasan yang agak luas,
jadi crowd yg ramai tidak kelihatan sangat.
Kat sini, struktur yang menjadi tumpuan semestinyalah
Stadium Olimpik Nasional aka Bird’s Nest Stadium,
di mana acara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik 2008 telah berlangsung.
Stadium ini megah dengan keindahan struktur sarang burung yang menjadi
tumpuan warga tempatan dan asing untuk bergambar.
Betul-betul bersebelahan dengan Bird’s Nest Stadium,
disitulah Pusat Akuatik aka Water Cube terletak.
Seperti namanya, bentuk empat segi yang didalamnya
kelihatan buih-buih air meliputi struktur luarannya.
Di saat malam menjelma, gemerlapan cahaya lampu dan
permainan cahaya yang berwarna warni ternyata memukau pandangan.
Seperti biasa, ada banyak booth yang menjual pelbagai barang di sini.
Boleh juga dilihat beberapa peniaga yang bermain layang-layang kecil
bercorak klasik & moden Cina untuk menarik perhatian pembeli.
Antara struktur lain yang menarik perhatian kami di sini -
Linglung Pagoda yang memiliki struktur segitiga asal
dan terbalik yang akan bertukar-tukar cahaya didalamnya dan
Sunken Garden yang berbentuk cendawan tumbuh selepas hujan.
It really looks like we already living in the outer space urbanity.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment