Thursday, April 12, 2007

'Tiga TA...'

Ta yang pertama : WANITA
Nabi Yusuf sendiri digoda oleh seorang wanita iaitu Zulaikha...Alhamdulilah,Nabi Yusof selamat dari godaan tersebut... hingga baginda berkata melalui mafhum firman ALLAH : "Sesungguhnya penjara lebih baikuntukku.. " dan memilih penjara. Itulah hakikat keimanan seorang nabi...
Tak kira siapapun kita pasti akan terkena dengan godaan wanita ini..lebih-lebih lagi mereka yang bergelar pemimpin / ahli perniagaan..
kekadang ia seperti permainan dalam dunia mereka... Betapa ramai pembesar-pembesar dunia tersungkur kerana wanita..skandal-skandal tersebut tentu tahukan ???
Kalaulah kitalah agaknya dalam keadaan seperti itu..
Apa tindakan kita???

Ta yang kedua : TAKHTA
Takhta adalah segalanya... kekadang manusia sanggup
untuk berbunuhan hanya kerana kuasa.. hanya utk mendapatkan pengaruh...
Lihat di sekeliling kita..utk mendapatkan takhta manusia sanggup berbuat apa saja...
Hatta nabi kita Baginda SAW sendiri ditawarkan kuasa oleh Kaum Kafir Quraisy seandainya Nabi SAW sanggup untuk meninggalkan dakwah addin ini...
Betapa besarnya sirna takhta itu!!

Ta yang ketiga : HARTA
Siapa tak mahu ??
Pastinya kalau diberikan segunung emas manusia x akan puas... manusia mahu dua gunung emas... Itulah kita manusia x pernah merasa puas,x pernah cukup... berapa pun gaji kita...pasti x akan cukup... Pelik!!!
Kadangkala mereka yg gajinya berpuluh ribu tapi masih melakukan rasuah...
gajinya mencecah ratus ribu masih pecah amanah... Arggh itulah penangannya..
Hanya hati yg tunduk kpd Allah dan bersifat Qanaah shj yg mampu mengawal perasaan ketamakan dan haloba harta dunia...

Betapapun kita di dunia ini,
Beringatlah sesungguhnya apa-apa yang kita terima,
apa-apa yg dianugerahkan oleh Allah hanyalah pinjaman belaka...
Sedarlah dan insaflah ia pasti di tarik balik pada bila-bila masa sahaja olehNya...
dan sedarlah pada setiap harta yg ada pada kita adanya hak orang lain...
hak mereka yg lebih memerlukan,hak mereka yg teraniaya,hak mereka yang lemah
dan yg penting hak Allah.

No comments: