At-10-tion!!
HELLO Handphone Fair
Hingga Diskaun 70 % Set Original
Handphone Nokia, Sony E, Samsung, I-Mobile, LG dan PHILLIPS
Di Perkarangan Central Market
Khamis 30 Oktober 3 ptg - 10mlm
Jumaat 31 Oktober
Sabtu 1 November 11 pagi - 10mlm
Ahad 2 November
"..A Future Filled With Great Expectations, A Past That Made Us Struggle With Our Own Imperfections.."
Thursday, October 30, 2008
Wednesday, October 01, 2008
"Salam Aidilfitri 1429H.."

Sempena kehadiran Aidilfitri yg mulia ini,
aku tak terlepas drpd menerima kiriman kad raya
yg sangat nostalgia aku kira,
walau drpd siapa pelakunya.
juga suka aku nyatakan
kehadiran kad raya secara fizikal ini
lebih bermakna
utk si penerima berbanding kiriman ucapan
thru internet/sms
namun utk berlaku adil
aku tetap menghargai ucapan2 maaf drpd kalian
yg dihantar melalui alam maya
dan menyerang masuk tanpa simpati ke dlm
inboz emelku dan message inboxku..:)
Di kesempatan ini,
aku ingin memohon berjuta kemaafan
sekiranya
berlaku yg kekhilafan tak sewajarnya
dr segi tutur kata dan perbuatan
sejak syawal yg lalu hingga ke la ni..
"Dendang berlagu takbir raya
menyentuh hati mendamaikan jiwa
salah dan silap maaf dipinta
moga ukhwah kekal selamanya.."
Wednesday, September 24, 2008
Langkawi Again!!

Early in the morning, i was heading to KLIA Transit Bandar Tasik Selatan by taxi.Fortunately, i met with my ex-schoolmates who frequently-used this type of transportation and i consult her to which side i need to wait the tren. From the waiting time until we entered the train,we do a lot of talks as far as i know,since we rarely meet.
Then, i arrived at the KLIA station around 9am. So, I was waiting my colleague at the domestic meeting point almost 45 minutes before he enter the fray. Soon,we go upstair to check-in our departure. Here, we try to use a new application, check-in kiosk but to no avail. We seeking the help of MAS staff and we succeed in that.
We just boarding the flight at 11.30am, 25mins delayed from the exact departure time. As usual,the cabin crew served us with that small salted peanut and fruit juices but we just store it into our hand-carry bag. 12.15 on the noon, we arrived at Langkawi Airport.
Later, i checked-in into my room at Federal Villa Hotel. It is part of Holiday Villa Hotel langkawi and if u know our own Property Development Division Prime Minister Dept, this hotel is listed under their managements and it will cost you just RM55 per night to stay here for the government servants.
Hmm, the view outside my room is so ‘scenery’. The abandoned ponds and a few big trees is the least i can expected. The air-conditioner is central-functional. As i switch on the TV, the StarMovies appeared but for a brief period. Then all channels blurred. Miserable!!
That evening around 3, we rent ‘kancil’ for 3 hours @ RM25,drive to Pekan Kuah. We decide to buy all the chocolates, goodies now because we don’t know if we have an adequate time to shop here. Then, we went to bazar ramadhan and i personally buy laksa, coconut water and murtabak.
The Last Day at Langkawi
The heavy rain poured down when we try to start our sight-seeing expedition.
We rent 'kancil' again for the whole day @ RM50 and went to Mat Chincang Cable Car Station with a big hope but the service are shutdown according to the bad whether.
From there, we discover Telaga Tujuh landscape and took the pictures at the waterfall nearby.Soon,we went to Marina Bay and Dataran Lang afterwards.
Later we went to Pantai Cenang, Zon Duty Free and Underwater World Complex. Late evening, we went to Durian Perangin Waterfalls and suddenly we had a problem.The car oil is empty and thank god, we had a friend with us to call his brother as to brought us oil gallons. We proceed 18km to Gunung Raya to view all Langkawi areas from here. The current development over here are Celcom Network Station and Measat Station, 5-Star Hotels and Vietnam & Italian Restaurant soon to be launched.
Tuesday, September 02, 2008
"Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem"
1.Ramadhan adalah bulan Al-Quran
2.Dibelenggunya syaitan, ditutupnya pintu neraka dan dibukanya pintu-pintu syurga
3.Malam Lailatul Qadar
4.Puasa adalah perisai org mukmin drpd kejahatan
5.Puasa memasukkan seorang hamba ke dalam syurga
6.Org berpuasa diberi pahala tidak terhitung
7.Org berpuasa diberi 2 kegembiraan-ketika berbuka dan ketika bertemu Allah di akhirat kelak
8.Bau mulut org berpuasa lebih wangi drpd bauan kasturi
9.Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada ahlinya
10.Puasa merupakan kaffarat (pelebur dosa)
11.Pintu Rayyan bagi org yg berpuasa
Andai Harta adalah Racun,maka Zakatlah penawarnya.
Andai seluruh umur adalah dosa,maka Taqwa dan Taubatlah ubatnya.
Andai seluruh bulan adalah noda,maka RAMADHANlah pemutihnya.
"Selamat Menunaikan Ibadat Puasa Ramadhan Kepada Sahabat2 Semua..."
Wednesday, August 27, 2008
De Wind In De Zeilen Hebben ( having the wind in our sails..)

Selepas hampir 5 minggu berada dalam persekitaran kampus INTAN,akhirnya kami bergerak ke Outward Bound Malaysia LUMUT untuk menjalani empat ekspedisi besar yang telah pun diatur sepanjang kami di sana. Setibanya kami di OBML,kami telah dibahagikan kepada 5 watch : Kumpulan 1- Beremban, Kinabalu & Ledang, Kumpulan 2-Ulu Sepat & Gading. Kami juga perlu mematuhi peraturan dengan menyerahkan segala handphone,wang tunai, kad pengenalan, kotak rokok, MP3,ubat-ubatan, lighter ,swissknife dan sebagainya kepada pihak OBML untuk disimpan. Rumah penginapan saya dan ahli-ahli Watch Beremban ialah di Kinabalu.
Pagi 3 Jun 2008, kami berjoging di luar OBML dan menyertai latihan dalam kumpulan yang bertujuan merapatkan dasar kerjasama antara kami yang telah sedia wujud 4 bulan yang lalu. 3 petang hari yang sama, kami berpeluang turun ke laut untuk menjalani latihan kayak dengan bimbingan watch instructor, Encik Nazim bersama partner masing-masing dan sempat menjalani capsize drill yang benar-benar memenatkan sekiranya ianya berlaku di laut lepas kelak. 8.15 malam pula, kami berada di Dewan Tan Sri Hutson atau sebutan ringkasnya, Gym Hall untuk mengikuti taklimat persediaan dan menerima bekalan ration untuk memulakan ekspedisi pertama - Kayak Mengelilingi Pulau Pangkor keesokkan harinya.
Berikutnya, Rabu 4 Jun 2008 antara 9 pagi hingga 12 tengah hari, kami menjalankan aktiviti rock climbing. Tiga laluan yang sukar disediakan untuk kami memanjat ke atas dengan bantuan belayer dan hanker. Saya sendiri memilih laluan dua yang penuh dengan lekuk-lekuk yang mengelirukan dan ternyata lebih mencabar. Pada satu ketika, saya tersangkut selama 10 minit di satu cerunan sambil kaki dan tangan menahan lekuk yg ada sebelum berjaya sampai ke atas. Ternyatalah ketahanan fizikal dan mental benar-benar teruji semasa perlu menghabiskan aktiviti ini.
Sekitar pukul 2 petang, semua 20 kayak ekspedisi dikeluarkan daripada boathouse dan diletakkan di tepi pantai. Laluan berkayak dibentangkan kepada ahli-ahli ekspedisi oleh Sea Captain yg dilantik. Kami dikehendaki bergerak secara koordinasi diamond dengan iringan left flanker, right flanker dan sweeper menuju ke Teluk Segadas/Sekadin yang jaraknya 5 kilometer dr OBML. Yang lucunya, aku mengalami capsized di tepi pantai kerana tersalah konsep meloloskan badan ke dalam kayak. Kami mengalami kesukaran berkayak walaupun berkayuh mengikut arus berikutan ketiadaan angin yang boleh melajukan pergerakan kayak. Kami selamat tiba di pesisir pantai Telok Segadas pada jam 5 petang selepas berkayak hampir dua jam.
Selanjutnya, Khamis 5 Jun 2008, kami bangun seawal 6 pagi untuk berkemas memulakan fasa kedua ekspedisi. 16 kilometer mengelilingi Pulau Pangkor dengan melalui Pulau Pelandok, Telok Ketapang dan Lumut Navy Base sebelum melintasi Selat Muroh untuk kembali ke OBML. Saya dan partner dapat berkayak dengan sepenuh kudrat kami, sentiasa di barisan hadapan sepanjang ekspedisi yg bermula jam 9 pagi. Kami sempat singgah untuk menikmati lunch di Telok Ketapang, dan seterusnya berkayak melawan arus deras sehingga sampai ke OBML sekitar jam 3.15 petang. Untuk mengakhiri ekspedisi, kami membersihkan kayak, paddles, lifejacket, tentsheet dan peralatan perkhemahan yang lain.
Pagi Jumaat 6 Jun 2008 dilalui dengan aktiviti rope course yang meliputi tujuh fasa dalam kemahiran bertali secara individu, di mana kami perlu melompat dari platform terakhir untuk menyentuh loceng yg tergantung sebagai penamat sesi. Jam 3 petang pula, watch kami belajar membuat raft dgn menggunakan tong-tong air dan fyber post. Keseluruhan ahli watch telah naik ke atas raft yang di buat dan berkayuh mengelilingi bot keselamatan Rotarian dengan jayanya. Malamnya, kami mengikuti taklimat persediaan ekspedisi kedua- Hutan Telok Muroh.
Jam 7 pagi Sabtu 7 Jun 2008, kami membawa kompas,peta, gelen air dan bagpack untuk menjelajah empat puncak bukit dalam hutan Telok Muroh. Kami bergerak mengikut turutan gelaran seperti Parangman, Captain, Navigator,Pacer, Ironman dan Sweeper. Penentuan bearing untuk menunjukkan arah perjalanan semasa dilaksanakan oleh navigator sepanjang kami bergerak di dalam hutan. Laluan 90 darjah menegak sebelum sampai ke setiap empat puncak yang disasarkan telah mengerah segala keringat kami. Kami selesai menempuhi hutan belantara pada jam 3.30 petang dan membina campsite di tepi lombong arang batu.
Jam 3 pagi Ahad 8 Jun 2008, hujan turun dengan lebatnya membasahi kawasan perkhemahan. Saya dan rakan sekhemah berjaga sekelip mata kerana khemah ditenggelami air namun akhirnya mampu tidur dalam genangan air almaklumlah begitu mengantuk sekali pagi itu. Kemudian, jam 8 pagi kami berangkat keluar menuju ke OBML melalui Grand Canyon.
Amali dan teori mengendalikan whaler berlangsung seharian pada Isnin 9 Jun 2008 dikendalikan oleh replacement instructor, Encik Nizam. Kami belajar mengenai bahagian-bahagian dalam sebuah whaler seperti oars, whisker poles, bailer,tiller, rudders dan central plate, command chain yang perlu diikuti semasa mengendalikan whaler dan cara memasang dan menggunakan layar-layar jeep,main dan mizzen. Tidak dilupakan, belajar jenis-jenis ikatan yang perlu untuk mengikat setiap peralatan. Kami juga sempat menimba kemahiran menggunakan whaler di Selat Muroh selama sejam setengah. Malam yang sama, kami mengikuti taklimat persediaan ekspedisi ketiga – Whaler ke Pulau Rumbia.
9 pagi 10 Jun 2008 bermulalah pelayaran whaler ke Pulau Rumbia yang berjarak 25km dari OBML melalui pesisir Telok Batik, Pulau Agas, Pulau Katak dan Pulau Payung sebelum sampai ke destinasi. Kerjasama semua ahli watch dalam mengayuh whaler memang mengagumkan. Kami sungguh bersemangat dan jarang berehat demi mengekalkan tempo kayuhan melawan arus, malahan kami langsung tidak menerima bantuan angin. Seperti biasa, ada antara kami yg mengalami mabuk laut. 4.40 petang dilalui dengan mendekati bot keselamatan untuk memunggah keperluan perkhemahan dan kemudiannya, sampai ke daratan Pulau Rumbia jam 5.10 petang.
Hari berikutnya, 11 Jun 2008 kami dapat memasang layar whaler untuk dua jam pertama bergerak dari Pulau Rumbia mengikut arus laut yang deras . Terasa dibuai mimpi nan indah apabila dibuai bayu laut yang berhembus tidak berpenghujung , seperti melancong di atas sebuah kapal mewah lagaknya. Dua jam seterusnya kami berkayuh dengan bantuan bukaan layar untuk melajukan pergerakan whaler. Akhirnya, jam 2 petang kami selamat berlabuh di pantai OBML. Maka sukseslah ekspedisi kami yg sangat mencabar pada firasatku. Malamnya, taklimat solo camping diberikan oleh Encik Karl.
12 Jun 2008 dimulakan dengan majlis hot seat di taman Telok Batik di mana kami berpeluang meluahkan perasaan dan pandangan kami terhadap sikap kawan-kawan sepanjang bersama di OBML. Seterusnya, kami masuk ke dalam hutan rekreasi Telok Batik pada tengah hari untuk melaksanakan ekspedisi terakhir, solo camping. Pada mulanya, saya sendiri mengalami kesukaran untuk menentukan design khemah yang sesuai untuk melalui hari yg panjang namun berjaya membina ia seadanya. Kemudian,mula memasak nasi,kari ayam dan sambal sardin untuk lunch. Selepas terlelap seketika dalam khemah, saya bergegas mencari kayu-kayu api utk dijadikan unggun api di hadapan khemah. Sempat juga saya bersolat Asar dlm tempoh itu. Malamnya, saya tidak dapat tidur kerana kehadiran tetamu yg tidak mengenal waktu, sang nyamuk dan kepanasan malam yg mencengkam sekujur tubuh. Mendekati pukul 5 pagi Jumaat 13 Jun 2008,barulah merasa tidur yg nyenyak sebelum bangun utk berkemas keluar dari hutan menuju ke OBML. Malam yg sama, kami meraikan kejayaan mengharungi cabaran sepanjang berada di OBML dengan majlis barbeku yg turut diserikan kehadiran Pegawai Daerah Lumut dan Pengarah OBML sendiri.
Sabtu 14 Jun 2008 menandakan pengakhiran buat adventure saya di OBML. Segala ilmu lautan dan hutan yg dipelajari sangatlah bermakna dan sukar dicari. Saya sangatlah enjoy mengikuti setiap ekspedisi dan akan mengenang nostalgia yg pernah dialami ini sepanjang hayatku. Terima Kasih OBML!!
Subscribe to:
Posts (Atom)