Monday, June 29, 2015

Tasik Kenyir Adventure!!



Kali KEDUA menjejakkan kaki ke Tasik Kenyir, Terengganu.
Kali ini dengan menginap dalam BOATHOUSE selama 1 malam.

Kami bergerak ke sana dengan bas jam 9 mlm 12 Jun, smpai ke Pangkalan Gawi sekitar 8 pagi keesokkan paginya - 13 Jun, selepas solat subuh & breakfast di sekitar Kuala Berang.

Rombongan kami seramai 19 orang, termasuklah 5 org bukan org EPU, 2 orang tukang masak khas - Abg Din & Oyin dan 5 orang pemancing profesional.

Boathouse ini blh travel between pulau dengan gerak perlahan, untuk cover keseluruhan hentian2 pulau, memakan masa between 3-4 jam untuk one trip.

Dalam satu2 masa, boathouse ini dioperasikan oleh 3-4 orang kru, ada 6 bilik (1 bilik 3 orang),
ruang tamu yg dilengkapi TV bersiaran astro, dapur utk memasak, deck untuk bersantai dan main deck utk memancing/enjoy the view.

Eletric supply (restricted hours esp during the night) and water supply in the toilet provided by generator.

Makanan minuman semuanya kene disediakan sndiri, brmksud bhn mentah secukupnya mmg kene bwk siap2.

Menjelang malam, boathouse ini akan berlabuh betoi2 di tepi tasik (lilitan sauh pd tiang jeti),
aku igt kami akan bermalam btoi2 d tengah tasik (misconception).

Sebenarnya byk jenis ikan ada dlm tasik nie, tp yg byk mkn umpan mlm tue - baung & mata merah(?).

Main activities kami (non-angler) ada DUA jer :-

Mandi manda di Air Terjun Lasir - siap pakai life jacket berikutan dasar air terjun yg dalam.
Air terjunnye bertingkat-tingkat, aku rase ade dkt 30m (assumption).

Bermain-main dengan ratusan ikan kelah - lokasinya di Santuari Kelah Sungai Petang.
Memang jinak ikan-ikan kat sini. xde mknan ikan pun,masih lagi nak ngap tangan kita jika kita hulur kat air.







1 comment:

papaYA said...

dapat jugak kau gi mandi air terjun kat kenyir :P