Thursday, September 19, 2013

Revisited Celebes Sea


Aku telah kembali ke Pulau Mabul,Sabah untuk melaksanakan hobi yang masih baru lagi bagi aku, scuba diving.1st time aku smpai sini ialah pada April 2010, ketika itu sekadar bersnokeling.

Kali ini, aku bersama rakan-rakan divers seramai 5 orang menginap di Billabong Scuba Backpackers Chalet. Aku sampai ke sana lebih kurang 4 petang, Rabu 4 Sept selepas melalui perjalanan udara – direct flight dari KLIA ke Tawau, perjalanan darat selama sejam setengah dari Tawau ke Samporna dan perjalanan air – bot laju ke Pulau Mabul, Sabah Bah selama setengah jam.


Alhamdulillah, sempurna 9x dive di sini.Dapatlah peluang menerokai dasar laut sekitar Pulau Mabul & Pulau Kapalai. Cuma buat kali kedua, aku x dpt menjejak Pulau Sipadan berikutan ketiadaan permit untuk ke sana, sampaikan 2 org kawan aku terpaksa menyamar sebagai instructor utk membolehkan mereka diving kat sana.


Percutian 6 hari di sini ternyata lagi enjoy.Chalet yang kami duduk pun agak selesa, dengan adanya makanan harian yang kena dgn citarasa di samping free-flow minuman 24 jam self-service nescafe+teh+milo memang menjimatkan.Dengan bayaran pakej seorang RM 1,480/- termasuk accomodation+transportation+meals+diving, boleh tahan kosnya!


Dengan adanya jeti tinggi - tempat melepak malam2 sambil borak-borak menatap kerlipan butiran bintang menerangi langit malam lalu berterusan ditiup bayu laut yang menderu, alangkah bahagianya hidup sebegini. Jauh daripada kesibukan kota,kekalutan kerja sangatlah terbaik!


Apapun, sekali sekala menjadi orang kepulauan, hidup cara pulau dan merakam dalam ingatan akan kehidupan masyarakat asal Pulau Mabul – etnik Bajau Laut yang ada selesa hidup di daratan, ada pula hidup mereka betah 24 jam atas bot, benar-benar mengujakan aku.

No comments: