
Mana mungkin kita bisa melupakan 1st posting dalam govt service ni kan?
Aku sangat-sangat bersyukur kerana telah menyumbang sedapat mungkin dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.Namun telah ditakdirkan bahawa pengalaman pilihan raya umum (PRU) masih tidak kesampaian.
Daripada Kompleks C Putrajaya hinggalah ke Bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru,ternyata SPR telah mengubah perspektif dan kefahaman aku tentang fungsi & peranan SPR selama ini.Apabila kita sendiri yang mengalaminya secara internal,maka penilaian aku terhadap imej SPR sememangnya positif.Walaupun aku sedar banyak yg mencemuh SPR via media sosial/blog/lidah rasmi,tapi hakikatnya SPR tidak seBURUK yang disangka.
Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Haris Ali yang sudi menghantar aku bagi menyumbang bakti kepada SPR,aku sangat menghargainya sedari awal lagi.
Daripada zaman dikejar FRU semasa bergelumang Reformasi 1998 kepada membantu kempen pru ke-11 BN di Parlimen Rompin,sememangnya aku sentiasa mengikuti perkembangan politik dari dulu,kini dan selamanya.
Pengalaman ditegur mesra oleh Presiden PKR,Datin Seri Wan Azizah di PRK DUN Ijok,berdiskusi dengan Ketua Menteri Sarawak,Pehin Sri Taib Mahmud di PRK Parlimen Sibu,disapa oleh Datuk Seri Shapie Apdal & Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di PRK Bagan Pinang,upclose with TG Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa breakfast di Taiping Golf Resort,berdebat pula dengan peguam muda PAS dan aktivis MAFREL semasa PRK Bukit Gantang dan terkini, berbicara dengan YB R. Sivarasa,MP Subang ..semuanya terlipas kemas dalam memori.
Daripada menempuhi PRK paling basah – DUN Tenang di Johor hinggalah PRK paling bosan – DUN Penanti,macam-macam pengalaman telah ditempuhi dengan “genki”nya.Malahan aku x pernah ketinggalan membantu petugas-petugas pilihan raya semasa PRK kecuali satu di Manek Urai,Kelantan.Namun begitu, pengalaman menaiki trak JPA3 untuk meredah banjir setinggi 4m menuju ke Dewan MP Labis,membantu pegawai pengurus DUN Saribas,Tn Hj Pathi ketika PRU DUN Sarawak ke-10 dan mendengar ucapan kemenangan mantan MB Perak,Datuk Seri Nizar usai keputusan PRK Bukit Gantang ,ternyata sukar digalang ganti.
Kesempatan menyampaikan taklimat pendaftaran pemilih kepada penolong pendaftar parti-parti politik di pejabat pula seringkali bertukar kepada sembang santai isu politik semasa.Berdepan pula dengan aduan pemilih yang emosi kerana telah dimatikan oleh JPN & SPR,ternyata sangat awesome!!
Kini segalanya telah berakhir.Kenangan bersama warga SPR sekalian akan ku kenang di mana jua ku pergi selepas ini.Kepada mentorku,Encik Juhari Abd Rahman – Pengarah SPR Kedah; moga Allah merahmatimu.Aku doakan kalian sukses mengharungi PRU k-13 yang kan menjelang sooner than later.
’Perjalanan hidup mesti terus,SPR tetap di hati!
Tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula posting pertama! ‘
Nota : Selepas 4 tahun 8 bulan berkhidmat di SPR,akhirnya bermulalah cabaran baru di Unit Perancang Ekonomi,JPM (EPU) bermula Rabu 18 April 2012.
1 comment:
gudluck kt tmpt baru..
Post a Comment