Alhamdulillah
dipanjangkan umur hingga ke
hari ini - 25 Ramadhan 1432H,
ada kira-kira 4 hari lagi
untuk menghabiskan puasa Ramadhan..:)
Dijangka umat Islam di Malaysia
akan menyambut Eid-ul-Fitri
pada 30 Ogos 2011,bersekali
dengan sambutan kemerdekaan Malaysia
(formerly known Persekutuan Tanah Melayu)
yg ke-XX pada 31 Ogos 2011.
Kiranya kita
akan menyambut RayaMerdeka,insyaAllah..
berbicara tentang Eid-ul-Fitri,
tiba-tiba aku teringat
apa sebenarnya maksud di sebalik perkataan
Eid-ul-Fitri ini..
Eid adalah kata lanjutan kepada kata asal,
a'ada iaitu bermaksud pulang/kembali..
manakala Fitri plak bermaksud fitrah..
jika disatukan kedua-duanya,
maka bermaksud KEMBALI KEPADA FITRAH :)
Ramadhan tahun ini,
so far...
2x aku sampai ke PaRam(Pasar Ramadhan),
2x dapat buat solat tarawih penuh (20+3)
3x dapat solat tarawih di luar Bandar Tun Razak,
3x dpt buka puasa bersama buah hatiku..:)
yg x best tue..
sekali pun x jejak kat Surau al-A'la utk solat tarawih.huhu.
Tahun ini,
insyaAllah aku dan famili
akan beraya di Kubang Pasu,Kedah..alhamdulillah :),
sesungguhnya raya di KL langsung x best
coz xde rumah untuk beraya...:(
Aku x sabar nak membeli juadah
kat paRam sekitar Jitra/Tanah Merah
coz aku tahu juadah tersedia
murah,byk & sedap...yes!!
Aku juga x sabar nak beraya
di rumah2 pak,mak menakan aku..
di rumah2 kwn2 aku jika depa ada kt rumah laa..:)
Sememangnya aku x sabar nak
ketemu dgn tanah bendang terbentang luas,
merasai angin2 sepoi bahasa dari perbukitan,
menikmati suasana indah perkampunganku..
Cuma perjalanan nak smpai ke utara Kedah itu
yang agak memeritkan..
almaklumlah trafik yang sesak sepanjang PLUS.
thn 2009 kami bertolak jam 3pagi
hanya utk smpai kat kampung jam 1 tgh hari..:(
Kali ini,
apalah untung nasib kami
pabila bertolak pada Ahad 28 Ogos ini.
************************************************
Di kesempatan ini,
aku memohon sejuta kemaafan
atas sebarang kekhilafanku -
zahiriah dan batiniah..
kepada kedua-dua ibu bapaku,
adik beradikku,
saudara-maraku,
rakan-rakan seperjuanganku
dari era SMAKL,UiTM,Public Service; SPR
dan kepada semua yang mengenali diri ini.
Doaku moga kalian
senantiasa berada dalam limpahan rahmat dan inayahNya,
selamat bergembira,bercanda tawa
dan saling menziarahi di lebaran ini,
di mana jua kalian berada.
Namun perlu diingat,
perginya ramadhan tahun ini
tiada jaminan bahawa kita akan ketemunya tahun depan.
"Ya Ramadhan,
Datangmu Dinanti,Pergimu Ditangisi.."
2 comments:
Selamat hari raya tuan.. balik mai kedah ka?
selamat hari raya juga buatmu..
maaf zahir batin ya? :-D
Post a Comment