Friday, June 27, 2008

Here I Come 2 B A Fireman!!


Photobucket

Kami telah bertolak ke Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia ( FRAM ), Kuala Kubu Bharu pada jam 9 pagi hari Isnin 16 Jun 2008 untuk menjalani modul luar terakhir,modul kebombaan. Kami telah selamat tiba di FRAM kira-kira pukul 11 pagi dan disambut oleh Encik Fairuz yang meminta kami terus beratur bertiga-tiga dan seterusnya mengambil uniform bomba yang lengkap dan kunci bilik asrama dan dibenarkan naik ke bilik untuk berkemas dan menyimpan keperluan peribadi.

Pada pukul 2.30 petang,kami telah berkumpul di Dewan Raja Alam untuk majlis rasmi ketibaan kami.Majlis ini dikendalikan oleh Pegawai Penyelaras,Tuan Vijayan.Beliau juga telah memperkenalkan semua LO bagi setiap kumpulan.

Pada jam 8.15 malam,kami telah mengikuti sesi tayangan video Road Traffic Accident (RTA) di DRA.Kami telah ditayangkan dengan rakaman life kesan-kesan kemalangan tanpa sebarang pemotongan.Namun begitu, malam kami berakhir dengan anti-climax apabila berlaku blackout.

Hari kedua dimulai dengan taklimat peralatan yang terdapat dalam sebuah kereta bomba yg dikenali sbg Fire Rescue Tender. Saya difahamkan berhubung punca-punca air untuk memadam kebakaran, menerusi pili bomba dan air yang terbuka(x bertekanan).Saya agak terkejut apabila diberitahu keberatan segulung hos adalah sekitar 16-18 kg.

Sesi BA Gallery menyusul di hari kedua. Di sini, kami diberi penerangan berhubung dengan komponen2 Breathing Apparatus (BA) yg merupakan nyawa seorg ahli bomba; bag plate, facemask, regulator dan tabung udara Drager buatan UK yg berkapasiti 300 bar diiisi udara termampat seberat 9 kilogram. Semasa sesi taklimat ini, kami telah menggunakan tabung udara generasi 1 seberat 19kg.

Sesi Water Rescue berlangsung di Kolam SCUBA. Kami berpeluang belajar mengenai Self-Contain Underwater Breathing Apparatus(SCUBA) yang begitu popular. Taklimat berkisar tentang tekanan udara dlm air,equalise, pernafasan mulut & teknik2 penyelamatan mangsa dalam air. Seterusnya kami mula memakai swimming suit lengkap dgn mask, weight, BA dan fish fin dan menjalani sesi water confidence dahulu. Kami menyelam ke dasar kolam sedalam 33kaki dgn ditemani personal coach.Isyarat2 semasa menyelam yg dipelajari banyak membantu aku menyelam sampai ke dasar kolam.

Hari ketiga kami menjalani sesi menyelamat di dataran. Pengajaran berkisar tentang cara2 mangangkat mangsa;fireman’s lift,oneman lift, darling carry,piggy-back,three hammock,dll beserta cara2 nak drag mangsa.

Seterusnya,kami berpeluang menjalani amali penggunaan alat pemadam api jenis serbuk soda.

Pada pukul 11 pagi,sesi Sewer Simulation diadakan.Sewer itu sepanjang 100 meter.Saya berjaga bergerak laju dalam sewer namun tetap berkomunikasi dgn ahli2 kumpulan.Terdapat juga rabbit hole yg memerlukan kami menanggalkan helmet,glove dan BA utk seketika dan menyeret badan utk maju ke hadapan.Simulasi berakhir pada jam 1.30 tgh hari.

Pada jam 3 ptg, kawad hos(operasi pam) dijalani.Keberatan membimbit hos ke lokasi ditetapkan cukup terasa.

Sesi Rope Rescue pada hari k4 memerlukan kami menuruni bangunan 4 tingkat dgn teknik normal rappelling dgn memakai body harness, glove,karabena dan tali.Aku mengalami sedikit heightfobia sebelum benar2 tergantung di tepi bangunan.

Seterusnya,kami menjalani amali Offensive Indoor Firefighting (OiFF) dgn memakai jaket kalis api beserta BA.Simulasi ini bertujuan mencegah api drpd merebak dan memadamkan punca2 kebakaran dlm kontena.

Sesi Oil Spill (tumpahan minyak) pula berlangsung pd petang itu. 600 liter petrol termuat dlm 3 tong ditumpahkan utk tujuan ini.Kami dipecahkan kepada skuad Attacking 1 & 2 dan Safety 1& 2 diketuai seorang Incident Commander. Skuad Attacking bertindak memadamkan bahaya kebakaran dgn mndekati api dan menutup injap manakala skuad safety bertindak mengawal api kesan tumpahan dan melindungi skuad Attacking drpd disambar api.dgn memancutkan air secara berperisai.

Hari ke5 iaitu Jumaat, kami mempelajari teknik2 usungan. Jam 2.45 petang kami bergerak ke pekan KKB dan berjalan menggalas hos kira2 3 km ke campsite @ Kalumpang Resort.8.15mlm kami belajar tentang teknik-teknik ikatan – butterfly, clawfish,figure of 8,dll. Hari ke6, Kembara Jati diteruskan dgn operasi kawad pam sejauh 1000 kaki sekitar resort. Kumpulanku brjaya menyiapkan tugasan dlm masa 7minit. Seterusnya,kami menjalani river crossing dan flying fox di sungai.

Hari2 selanjutnya, diisi dgn sesi Gas Fire dan Road Traffic Acccident(RTA), taklimat dr unit Hazardous Material(HAZMAT), taklimat disaster, Table Top Pengurusan Bencana, lawatan sambil belajar ke HQ Jabatan Bomba Selangor di Bkt Jelutong dan Majlis Mes Nite di Dewan Cemerlang.

Aku telahpun berjaya mengharungi kehidupan sebagai ahli bomba selama 10 hari berakhir 26 Jun 2008 dan menginsafi kewibawaan bomba dlm tempoh ini,Bagiku,mereka adalah ‘the unsung heroes’ kerana byk mmbantu masyarakat dlm khidupan harian tanpa mendapat publisiti sangat.Kepanasan memakai uniform bomba sepanjang sesi amali byk mengajarku utk bersyukur dgn kerjaya aku sekarang.


4 comments:

amy said...

wah..wah..best best..gambaq mane seperti yang dijanjikan..ehehehe

amy said...

nak komen byk2 nih..sebab xde orang komen lgk

amy said...

lepas ni umah terbakar xyah panggil bomba tapi panggil kai da la xpun kaka ke..uhuk2

Khairul Amri Ishak said...

rumah terbakar panggil bomba
bomba datang berlumba2..
ape nak heran ko nak kata
yg penting aku dh merasa..

hehe.hehe..