Friday, December 14, 2007

"Inna Hizballahi Humul Ghalibun.."

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Keperluan Berjihad seperti dinukilkan dalam Novel Sejarah Islam
"Khalid Memburu Syahid" karya Abdul Latip Talib yang ku khatamkan pada hari ini.


"Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara, dua permohonan itu diperkenankan dan satu ditolak.Aku memohon kepada Tuhanku supaya umatku tidak dihapuskan (dari muka bumi ini) dan Dia Menerimanya.Aku memohon umatku tidak mati kelaparan,Dia menerimanya.Aku memohon supaya umatku tidak beselisih pendapat dan berpecah belah antara mereka,tetapi Dia menolaknya." Riwayat Muslim

"Darjat orang yang berjuang di jalan Allah lebih utama daripada sembahyang di rumah selama 70 tahun." Riwayat Tarmizi

"Akan datang suatu masa di mana umat2 lain mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi makanan." Apabila ditanya, "Wahai rasulullah ,apakah ketika itu umat Islam sedikit?" baginda menjawab, "Tidak,tetapi kalian bagaikan buih di lautan kerana dalam hatimu ada wahan.Rasa takut musuh kepada kamu sudah dicabut kerana kamu mencintai dunia dan takut mati." Riwayat Bukhari dan Abu Daud

"Saya bercita-cita mahu mati syahid.Disebabkan itulah saya sertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam.Di tubuh saya ini penuh dengan parut-parut luka akibat senjata musuh,tetapi saya masih hidup.Impian saya mahu gugur syahid tidak tercapai.Akhirnya saya mati di atas katil.Hanya orang pengecut sahaja yang mati begini." Khalid bin Walid

No comments: