Friday, October 26, 2007

"Ekspres Rakyat"

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Pengalaman Naik Ghetapi
Balik ke Kampung Halaman di Kedah
sangatlah mengujakan.

Ikuti lah komentar ini...

Pada hari kejadian,
aku sampai ke stesen KL Sentral
kira-kira jam 8 malam 8 Oktober 2007
juga aku lah diantara staf kerajaan yg booking cuti awai
dek kerna menaiki ghetapi pulang ke Kedah.

Ramai gak yg sedang menanti saat dan ketika
menaiki Ekspres Langkawi pada mlm itu
Ghetapi ini kan melalui Bukit Mertajam, Aloq Setaq,
Padang Besaq, Haatyai dan Tumpat.
Kira-kira 15min sebelum 9mlm (waktu berlepas)
aku pun check in la ke platform berlepas
Perlu dijelaskan, utk merasai perasaan menjadi golongan marhaen
aku telah membeli tiket kelas kedua bawah bersama kwnku.

Apa yg aku lihat? Berderet katil-katil dua tingkat
semasa aku melangkah masuk ke dlm kabin 2.waktu ni,ramai dh org
dah bersantai kt katil masing-masing.seterusnya,aku kenelah meredah
di tgh-tgh lautan katil ini ke katil 31(atas).
Aku pun menanggalkan kasut lalu terus panjat tangga ke atas.
Tilamnya sgt lah nipis tp mmg empuk,aku juga dpt merasakan cahya rembulan
melalui kotak tingkap kecil yg ada d sisi katil juga langsir yg dipasang utk menggelapkan kawasan sekitar katil sebelum kita masuk tidor
atau utk lebih privasi.Selepas selesai meletakkan beg hiking aku,aku pun mula lah berborak dgn kwn aku di sebelah katil.Aku juga berjiran dgn 2org gadis thailand di sebelah(katil bawah).

Kira-Kira 40min kemudian,pemeriksa tiket pun dtg
utk memeriksa kesahihan tiket-tiket kami.Pastu,aku yg dh tak tahu nk watpe,mulalah berbaring sambil melayan lagu-lagu dr portable mp3 yg aku bwk tp bukanlah berniat utk tido.Pastu,dgn x semena-mena aku dikejutkan dgn lagu siam yg diputarkan oleh radio jiran kami di sebelah..waktu ni barulah aku tahu jiran aku tu org melayu selatan siam coz muka sepesen cam melayu tanah melayu,hehe...

Setakat pemerhatian aku sepanjang perjalanan malam ini,kami juga berkongsi tandas yg sama.terpaksalah menunggu di tengah2 kesepian malam utk melepaskan segala hajat. Juga ghetapi ini masih laju dan enjinnya bising sungguh walaupun blh dikatakan usang tapi byk beghenti kt setiap stesen utk melepaskan lelah,mungkin..kebanyakkan
stesen ghetapi yg disinggahi masih mengekalkan ciri-ciri kolonial
sebagai daya tarikan kepada rakyat moden.
Bagi muslim yg taat pula,kami perlulah mengerjakan solat secara duduk/ baring saja di atas katil kerna kemudahan surau tak disediakan(huh..??).

Kira-kira pukui 5 pagi,aku digerakkan oleh kwnku utk pi bersahur kt kafe di kabin hujung.waktu ni la aku berpeluang menyelusuri pengalamanan golongan marhaen,kena melalui kawasan yg dikhususkan utk pemegang tiket ghetapi kelas pertama sebelum sampai ke tempat dituju..Bilik mereka adalah berupa bilik khas berhias dilengkapi singki,bantal extra,meja studi dan ntahapeapetah lagi(aku x masuk pun bilik depa..)

Di saat kami sampai ke kafe,memang dah ramai.kami pun order kt kaunter.aku sekadar order nescafe panas kawanku pula bihun goreng(sangat masin daa..) dan teh ais.Sememangnya makanan di atas ghetapi agak mahal kerna lojiknya kamilah pelanggan setia mereka, xperlah consider sadaqah..

Kira-kira 5.50 pagi,Ekspres Langkawi pun tiba di stesen Bukit Mertajam.Waktu ni lah,kepada sesape yang nak turun makan angin di sekitar stesen digalakkan turun kerna tren kan menghala ke stesen "apetah" dan bertukar kepala keretapi lalu berpatah balik yg mengambil masa kira-kira sejam setengah. Kt sini,sememangnya mengingatkan aku kepada era kolonial.Semuanya antik;antaranya ejaan di papan tanda sekitar stesen,jam stesen dan reka bentuk bangunan.Juga aku perlu bersesak di BILEK SOLAT utk menunaikan solat subuh..

Kira-kira 7.20 pagi,kami pun menaiki semula Ekspres Langkawi.Waktu ni ade la kira-kira sejam setengah masa yg tinggal utk sampai ke Stesen Aloq Setaq.aku sempatlah terlelap sat sebelum dikejutkan dgn pengumuman 1/2 jam awai sebelum sampai.Lalu,kami pun menjejakkan kaki ke platform stesen Aloq Setaq jam 9.00 pagi..

Begitulah serba sedikit komentar org yg dah 15 tahun tak naik ghetapi..hehe.Namun,aku bersetuju yg kemudahan ghetapi masih mendapat sambutan
d zaman kemajuan ini kerna adanya sentimental value ,aku rasa.Cuma,bagi yg mementingkan keselesan berlebihan,adalah dinasihati KATAKAN TIDAK sebelum kamu bisa bermula...

No comments: