Petikan Utusan Malaysia Online Hari Ini..
PUTRAJAYA 30 Mei – Seorang wanita Melayu, Azlina Jailani atau Lina Joy yang mengaku murtad sejak 17 tahun lalu, gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada MyKad setelah Mahkamah Persekutuan hari ini mengumumkan penghakiman secara majoriti 2-1 menolak rayuannya.
Mahkamah itu menegaskan bahawa Azlina, 43, yang menukar namanya kepada Lina Joy, perlu mendapat sijil Mahkamah Syariah yang mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan Islam dalam MyKadnya itu.
Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif menolak rayuan tersebut, manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum membenarkan permohonan itu.
Hakim Ahmad Fairuz berkata, JPN berhak mengenakan syarat kepada Lina Joy supaya mengemukakan sijil atau deklarasi atau perintah Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia murtad sebelum boleh menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada kad pengenalannya itu.
Hakim Malanjum pula berpendapat arahan JPN supaya Lina Joy mengemukakan sijil murtad dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tidak munasabah kerana, walaupun jabatan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan undang-undang, namun adalah mustahil bagi syarat itu dipatuhi
Komen saya berhubung isu ini...
Kita masih lagi belum selamat dgn keputusan mahkamah ini,
baik berwaspada dengan anasir2 "mala fide" yg semakin hari kian ligat memperjuangkan
kebebasan beragama atas dasar hak asasi insan.
"Tidak akan redha golongan Yahudi dan Nasrani terhadap kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka..."
No comments:
Post a Comment