Friday, May 11, 2007

"Kalimatallahu Hiyal U'lyaa....."

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Seorang cikgu lelaki sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
pelajar2nya. Dia duduk menghadap pelajar2nya.
Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Cikgu itu berkata, "Saya ada satu permainan... caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!.."
Pelajar2nya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,
"Baik sekarang perhatikan.. Jika saya angkat kapur, maka
sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja pelajar2 tadi keliru dan kekok dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka terbiasa dan tidak lagi kekok.Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Cikgu tersenyum kepada pelajar2nya…
"Begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu hak, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu,dari yang hak menjadi bathil dan sebaliknya. Pertama kali mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan muslihat-muslihat menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika itu: keluar berduaan, berkasih-kasihan bukanlah pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi lumrah , seks sebelum nikah menjadi kebanggaan, hiburan yang asyik dan berterusan sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,dan budaya materialistik kini menjadi melarat.Semuanya sudah terbalik,dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa ,merasakan ia satu kesalahan dan kemaksiatan.."

"Baik permainan kedua..." begitulah Cikgu melanjutkan hujahnya.

"Cikgu ada Qur'an, akan diletakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet.Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet ini?"
Pelajar2nya berfikir : ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,payung dan bermacam lagi. Akhirnya Cikgu memberikan jalan keluar,digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

" Pelajar-pelajar,begitulah ummat Islam berdepan dengan musuh-musuhnya. ..
Mereka tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mata mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggiran,tanpa anda sedari.Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kukuh.Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam berdepan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai
dari tabiat anda, cara hidup, cara berfikir,cara berpakaian,sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam lalu mengikuti cara hidup mereka tanpa disedari, dan itulah yang mereka inginkan.Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran)..”

No comments: