
Sepanjang berada di
Jakarta, Puncak dan Bandung, Indonesia
selama 5 hari ( 30 April - 4 Mei 2009 )
banyak sekali yg ku dengar, lihat dan rasa..
aku seringkali dijamu makanan sunda / padang
ketika menjelangnya waktu lunch, di tambah dgn hidangan
telor bebek ( itik ) masak lemak
yg kurang aku gemari ( mungkin terbiasa dgn telor ayam..)
namun aku puji ayam goreng kampung
yg disediakan : rangup, lembut dan sedap..
kt Jakarta misalnya, walaupun mempunyai kira-kira 23 juta penduduk
pada satu-satu masa ( office hours esp.)
namun kesesakan yg berlaku , ditambah jln yg sempit
tidak sesekali melunturkan
sikap bertoleransi pemandu2 d sini..
hon digunakan utk meminta
pemandu2 lain memberi laluan, seringkali bas yg kami gunakan
dpt meloloskan badannya dlm kesesakan sedemikian
hasilnya, paling aku kagum
x dapat melihat langsung adanya kemalangan
sepanjang berada d jakarta & bandung
kt sini disediakan
susur bas khas di mana
stesen basnya ditinggikan setara dgn pintu masuk bas
penumpang bas hanya beratur dan terus menaiki bas
dan bas itu terus berlalu..
juga cukai jalannya tertera pada no plat kenderaan
dan direnew setiap 5 thn sekali
berbeda dgn kita
yg dilekatkan pd cermin depan kenderaan setiap masa.
D jakarta ini juga adanya masjid istiqlal - terbesar d asia tenggara
yg blh menampung 150,000 jemaah
pada satu2 masa..
juga takde masalah utk rumah2 ibadah lain
didirikan berdekatan sesama lainnya dan kehadiran tugu2 peringatan
di sekitar jalan2 kota..
masalah sungai yg kotor..
yakni sungai ciliwung
sama saja dgn sg klang dan gombak
di bandaraya kolumpo..
aku juga sempat memborong
dvd dan mp3 bajak ( cetak rompak )
yg berharga Rp.6,000 ( kira-kira RM 2.50 )
bermula 1 Mei 2009 (katanyalah..)
di ITC Mangga 2..
hanya yg x sedap mata memandang
kemiskinan hidup rakyatnya sehingga
terpaksa berumah d rumah2 usang ( setinggan d m’sia )
d tepi sungai, bwh jmbatan
ketika aku melalui jalan2 utama
menghala ke pusat bandar Jakarta.
Ketika d Puncak
aku menyaksikan penjualan arnab ( bahasa tempatan kelinci )
d tepi2 jalan, juga kesuburan ladang2 teh, strawberi yg terbentang
saujana mata memandang....
Macam d Bandung plak
setiap kali turun dari bas,
rombongan kami akan dikelilingi pemuda2 indonesia
yg menjual barangan (keychain , magnet fridges, handbags, etc)
malah ada yg akan membuntuti bas kami
dgn motosikal mereka
ke mana sahaja kami pergi
utk mencari sesuap rezeki.semangat berniaga
yg sukar dicontohi oleh org melayu malaysia..
hakikatnya, jurang hidup
yang kaya dan yg miskin d sini
sangatlah menyedihkan mata yg memandang
rumah2 agam yg besar adalah
milik tuan punya dari Jakarta
yang kan bertandang ke Bandung ketika lapangnya.
yang marhaen ada kalanya
bergelandangan d tepi2 jalan, d rumah kotak...
aku juga sempat melawati gunung tangkuban parahu
( terdapat kawah gunung berapi yg masih lg aktif ketika ini..)
di mana ada legendanya iaitu
sang kuriang yg mahu berkahwin dgn ibunya sendiri..
terdapatnya factory2 outlet
seperi Stamp, Heritage dan Cascade d Jalan Riau
mmbuatkan aku bershopping
sekadar t-shirt berkolar...
jualan2 tekstil seperti kain, telekung, tudung..
ternyata murah d Pasar Baru Bandung jika dibandingkan
dgn Pasar Tanah Abang d Kota Jakarta
juga dikhabarkan pd kami
pemerintah Indonesia melarang rakyatnya berhijrah ke luar negara
lalu menyara hidup di tanah tumpah darah sendiri
kecuali dr Lombok ( yg tanahnya tidak subur )
yg byk bekerja d malaysia..
diperhatikan
juga kekerapan
nama2 tempat yg bermula dari ci = air
cianjur, cisarua , cirebon , cipanas, cipularang, dll
sepanjang aku d Indonesia ini...